PM Anwar umum berita gembira, LRT Shah Alam percuma sebulan bermula esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma bagi LRT Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok.

LRT3 Laluan Shah Alam dari Bandar Utama ke Johan Setia sepanjang 37.8 kilometer (km) itu boleh memanfaatkan dua juta penduduk sekitar jajaran tersebut.

Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis pelancaran perkhidmatan itu berkata, laluan tersebut merupakan antara yang paling sesak di negara ini.

“Tapi kenapa agaknya laluan ini? Kerana laluan ini yang paling sesak, antara yang paling sesak dalam negara kita.

“Kemudian bila sesak, maknanya satu bebanan yang besar bagi rakyat,” katanya semasa berucap di Depoh LRT Johan Setia di sini, hari ini.

Sementara itu, menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri menitipkan serangkap pantun:

“Burung merpati terbang sekawan,
Datang kenari iring ke selat,
LRT laluan Shah Alam kini dilancarkan,
30 hari tambang percuma dinikmati rakyat.”

BACA JUGA Umno pernah kalah, kali ini PH boleh kuburkan lagi — Aminolhuda jawab sinis penyokong BN