Syazwan janji utamakan kebajikan, pekerjaan dan kemudahan asas di Parit Raja

FOTO BERITA: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.22 Parit Raja, Syazwan Zainal Abidin, mahu memastikan pembangunan yang lebih seimbang dengan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat, peluang pekerjaan serta penambahbaikan kemudahan asas tanpa mengabaikan identiti dan nilai budaya masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian ketika Program Ngopi Bersama Calon N.22 Parit Raja di Warung Wak Satar, Parit Raja, hari ini, yang turut menjadi platform beliau bertemu penduduk dan berkongsi hala tuju perjuangannya sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Syazwan, Parit Raja merupakan kawasan yang mempunyai gabungan komuniti kampung dan pekan dengan nilai sosial serta budaya yang masih utuh dan perlu dipelihara seiring pembangunan.

“Saya mahu pembangunan yang dilaksanakan bersifat lestari supaya masyarakat di kawasan pedalaman dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik, di samping mengekalkan nilai budaya yang menjadi identiti Parit Raja,” katanya.

“Saya mahu pembangunan yang dilaksanakan bersifat lestari supaya masyarakat di kawasan pedalaman dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik, di samping mengekalkan nilai budaya yang menjadi identiti Parit Raja,” katanya.

Sementara itu sebelah petangnya beliau sempat Walkabout sambil memperkenalkan diri sebagai calon N.22 Parit Raja, ramah mesra dengan pengunjung dan mengedarkan bahan kempen di Pasar Malam Taman Universiti, Parti Raja, Batu Pahat, Johor. 1hb Julai 2026 (Rabu)

Beliau berkata pengalaman selama lapan tahun berkhidmat sebagai Pegawai Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram telah memberikan pendedahan luas mengenai pentadbiran serta keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau yang pernah bertanding di Parlimen Pontian pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 berkata sambutan yang diterima sepanjang kempen kali ini amat menggalakkan dengan penduduk Parit Raja menunjukkan sikap mesra serta mudah didekati.

Katanya, suasana kempen juga berlangsung dalam keadaan harmoni apabila semua calon daripada parti yang bertanding mengamalkan politik matang dan saling menghormati.

Mengulas isu tempatan, beliau berkata masalah banjir dan kesesakan lalu lintas merupakan antara isu utama di Batu Pahat, namun beberapa projek penyelesaian termasuk tebatan banjir dan penambahbaikan jalan raya telah dilaksanakan menerusi peruntukan kerajaan Persekutuan.

Walaupun berdepan persaingan daripada calon-calon berpengalaman, Syazwan menyifatkan pertandingan itu sebagai cabaran yang positif dalam proses demokrasi.

Walaupun berdepan persaingan daripada calon-calon berpengalaman, Syazwan menyifatkan pertandingan itu sebagai cabaran yang positif dalam proses demokrasi.

Pada masa sama, beliau menyeru semua pengundi, termasuk anak-anak Parit Raja yang berada di luar kawasan, supaya pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari pengundian.

“Saya berharap diberikan peluang untuk membawa suara rakyat Parit Raja di Dewan Undangan Negeri serta memperjuangkan agenda pembangunan yang lebih inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat,” katanya.