‘Johor Maju Untuk Semua’ jadi nadi lagu kempen Elia Nadira di DUN Tenang

FOTO BERITA: Walkabout calon Harapan N.5 Tenang Elia Nadira Sabudin bersama YB Aiman Athirah Ketua Wanita Amanah Nasional di Dataran Labis, Johor. 3hb Julai 2026 (Khamis)

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.5 Tenang, Elia Nadira Sabudin, tampil dengan lagu kempen yang membawa mesej perpaduan, harapan dan perubahan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Antara mesej utama yang diketengahkan ialah keperluan membawa perubahan melalui semangat, keyakinan serta kepimpinan yang mendengar, memahami dan menyelesaikan masalah rakyat.

Lirik lagu itu turut menyeru rakyat supaya tidak mensia-siakan peluang untuk menentukan masa depan negeri, di samping menegaskan hasrat menjadikan Johor sebuah negeri yang lebih maju dan inklusif untuk semua.

Lirik lagu itu turut menyeru rakyat supaya tidak mensia-siakan peluang untuk menentukan masa depan negeri, di samping menegaskan hasrat menjadikan Johor sebuah negeri yang lebih maju dan inklusif untuk semua.

Selain mengangkat slogan “Johor Maju Untuk Semua”, lagu berkenaan turut menampilkan nama Elia Nadira berulang kali sebagai simbol komitmen beliau untuk menjadi pemimpin yang dekat dengan rakyat dan memperjuangkan masa depan generasi akan datang.

Lagu tersebut diakhiri dengan seruan agar rakyat DUN Tenang bersatu hati, melangkah bersama serta memberikan sokongan demi merealisasikan harapan untuk kemenangan dan masa depan Johor yang lebih cemerlang.