Billboard, bendera disabotaj, Arthur Chiong seru hentikan politik bermusuhan, laporan polis telah dibuat.

FOTO BERITA: Sidang media oleh calon Harapan N.51 Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern N.51 Bukit Batu mengenai Billboard dan bendera Harapan dikoyak dan dicabut di Taman Impiana, 19, Jln Impiana 1, Kelapa Sawit, Kulai, Johor. 5hb Julai 2026 (Ahad)

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, menyeru semua pihak agar menolak budaya politik bermusuhan susulan kejadian beberapa billboard dan bendera kempennya didakwa dikoyakkan serta dicabut oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Taman Impiana, Kelapa Sawit, dekat Jalan Besar Kulai-Sedenak berhampiran persimpangan ke Layang-Layang, hari ini.

Menurut Arthur, kejadian sabotaj itu dikesan berlaku di beberapa lokasi termasuk Jalan Besar Kulai-Sedenak, di Kampung Seri Bayas dan Taman Puteri, apabila billboard serta bendera kempen PH didakwa dirosakkan dan ada yang dibuang ke dalam longkang.

“Wakil saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Bemban, berhubung kejadian ini dan kami juga mempunyai bukti berkaitan perbuatan tersebut. Saya menyeru supaya semua pihak berkempen secara matang dan tidak mengamalkan politik permusuhan,” katany

Bagaimanapun, beliau enggan menuding jari kepada mana-mana pihak kerana tidak mempunyai bukti mengenai dalang sebenar di sebalik insiden itu.

Arthur berkata, kejadian berkenaan tidak akan melemahkan semangat jentera PH, malah menyifatkannya sebagai petanda bahawa kempen gabungan itu semakin mendapat perhatian dan sokongan rakyat.