PM tak izinkan rakyat Israel masuk Malaysia, arah diusir jika ada dalam negara

Kerajaan Malaysia bertegas tidak mengizinkan mana-mana warga Israel yang cuba masuk ke negara ini termasuk untuk menyertai Network School di Forest City, Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka perlu diusir segera dari Malaysia sekiranya pihak berkuasa mendapati ada yang menggunakan dua kerakyatan untuk masuk ke negara ini.

“Kita tidak izinkan (keha­diran warganegara Israel ke Malaysia), kalau ada, tindakan mesti diambil.

“Kalau ada rakyat Israel (masuk ke Malaysia), kita akan usir segera,” katanya selepas Majlis Sumbangan Khas Murid-Murid Sekolah Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh Yayasan, semalam.

Perdana Menteri juga memberi jaminan perkara tersebut berada dalam perhatian semua agensi penguatkuasaan yang terlibat bagi menjalankan siasatan menyeluruh.

Pada masa sama, katanya, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan memberi jawapan berhubung dakwaan itu dalam masa terdekat. Waktu& Kalendar

Beliau mengulas isu operasi Network School di Forest City yang menjadi perhatian selepas Kerajaan Negeri Johor menyuarakan kebimbangan ber­hubung dakwaan terdapat warga Israel menyertai program berkenaan menggunakan pasport negara kedua.

BACA JUGA Kronologi pembubaran Dun Negeri Sembilan, ini ceritanya kenapa TokMin bubar DUN awal