Cendekiawan Islam Prof. John Esposito dilapor meninggal dunia

Prof. John L. Esposito, seorang cendekiawan terkemuka dalam bidang pengajian Islam dan hubungan antarabangsa di Universiti Georgetown, meninggal dunia. 

Beliau meninggal pada 15 Julai 2026 di Washington, D.C. pada usia 86 tahun

Berita itu disahkan menerusi kenyataan rasmi oleh Council on American-Islamic Relations (CAIR) yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau.

Beliau dikenali sebagai antara tokoh akademik Barat paling berpengaruh dalam kajian Islam. Sepanjang kerjayanya lebih lima dekad.

Esposito mengasaskan Prince Alwaleed bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University.

Beliau mempunyai rekod menulis dan menyunting puluhan buku mengenai Islam, antaranya The Future of Islam, Who Speaks for Islam? dan What Everyone Needs to Know About Islam.

CAIR menyifatkan pemergian beliau sebagai kehilangan besar kepada dunia akademik kerana sumbangannya dalam memupuk kefahaman mengenai Islam, menentang Islamofobia dan menggalakkan dialog antara agama.