Ini senarai 24 calon Bersatu, PN berperang sesama sendiri di lapan DUN

Bersatu hari ini mengumumkan 24 calon untuk bertarung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang menyaksikan pertembungan dengan Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) di lapan kerusi.

Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin, mengumumkan senarai calon itu dengan Bersatu bertanding menggunakan logonya sendiri.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, 1 Ogos depan, Bersatu berentap dengan Pas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang.

Bersatu turut menggempur Parti Wawasan Negara (Wawasan) di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas.

Setakat ini, Bersatu tidak berdepan calon dari Gerakan atau Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) di mana-mana daripada 24 kerusi ditandinginya.

Berikut senarai penuh calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan:

N2 Pertang – Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus

N3 Sungai Lui – Mazrulhisham Abd Mansor

N4 Klawang – Muhammad Adib Musa

N5 Serting – Muhammad Noraffendy Mohd Salleh

N6 Palong – Rebin Birham

N7 Jeram Padang – R Sri Sanjeevan

N9 Lenggeng – Zool Amali Hussin

N10 Nilai – Datuk V Saravan Kumar

N12 Temiang – Fazly Hamid

N13 Sikamat – Datuk Tun Faisal Ismail Aziz

N14 Ampangan – Noor’azah Harun

N15 Juasseh – Mohd Zuhaimi Md Yusof

N16 Seri Menanti – Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin

N17 Senaling – Mohd Izaffi Istear Khan

N20 Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker

N22 Rahang – Tang Jay Son

N23 Mambau – N Sarawanan

N24 Seremban Jaya – R Mahendran

N25 Paroi – Mohd Nazree Mohd Yunus

N28 Kota – Akmal Noradzmi Abd Rahim

N31 Bagan Pinang – Sheikh Junaidy Jamaludin

N32 Linggi – Datuk Zamri Md Said

N33 Sri Tanjung – M Leevineshwaraan

N34 Gemas – Fadil Daud

BACA JUGA Hala tuju BN dipersoal, Mat Sabu bimbang masa depan Kerajaan Perpaduan