Anwar turun berkempen di empat lokasi di Negeri Sembilan hari ini

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan turun ke beberapa lokasi di Negeri Sembilan hari ini

Berdasarkan jadual yang dikongsikan, Anwar akan memulakan lawatan pada jam 4 petang menerusi program Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Benteng @ Medan Selera Ampangan.

Beliau kemudian dijadual menghadiri Program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Paroi pada jam 5 petang.

Pada sebelah malam, Anwar akan menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan DUN Sikamat di Taman Sri Penaga, U.N.I. Klinik pada jam 8 malam.

Jelajah kempen itu akan diteruskan dengan Ceramah Perdana Pakatan Harapan DUN Paroi di Taipan 2, Pusat Bandar Senawang pada jam 9.35 malam.

Siri lawatan itu adalah sebahagian daripada kempen PH menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 1 Ogos.

BACA JUGA ‘Yang nak turunkan Yamtuan pun orang kita juga…’ – Peguam tempelak KP Pas