Syukur, minyak masak paket sekarang senang nak dapat

Bekalan minyak masak paket kini yang lebih mudah diperoleh nyata memberi kelegaan kepada orang ramai dan menjadi perbincangan terbuka dalam kalangan pengguna media sosial.

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang menyedari bahawa bekalan subsidi itu semakin mudah diperoleh, malaj kekal tersedia di rak-rak.

Seorang pengguna TikTok, @ahmad_faiz8919, menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu yang amat bermakna buat rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Kalau PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahi) dah tak ada, saya akan ulang cerita kepada anak cucu saya. Dalam banyak-banyak PM, hanya PMX boleh selesaikan isu minyak masak paket yang hilang puluhan tahun.

“Nampak kecil, tapi sangatlah bermakna untuk kehidupan seharian rakyat marhaen seperti saya dan kita semua.”

Pandangan itu turut mendapat sokongan daripada pengguna lain, Ku Norhayati, yang menyifatkan bekalan barangan keperluan ketika ini lebih terjamin berbanding sebelum ini.

“Saya pun. Banyak jasa PMX sepanjang dia pegang. Nampak kecil tapi sangat bermakna untuk golongan marhaen. Masa raya cukup barang asas, dah berapa kali raya dah,” kongsinya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Azlan, berpandangan setiap pentadbiran perlu meninggalkan pencapaian yang boleh dijadikan penanda aras oleh kerajaan selepasnya.

“Sebab itu aku biasa cakap, kalau ditakdirkan sepenggal pun PMX, apa yang perlu dibuat hanyalah tinggalkan legasi dan penanda aras sebanyak yang boleh.

“Apabila bertukar, kalau penanda aras ini tak dicapai, memang kaw-kaw kena bash dan memudahkan tugas PRU seterusnya,” katanya.