Laporan RCI dedah CEO, Pengerusi Lembaga TH ditamatkan kontrak tanpa sebab
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji mendedahkan dapatannya bahawa dua pemimpin tertinggi TH iaitu seorang CEO dan seorang lagi Pengerusi Lembaga ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab pada 2021
Penamatan perkhidmatan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berlaku pada 5 Mei 2021, iaitu sebelum tamat tempoh sebenar perkhidmatannya pada 31 Ogos 2021.
Manakala penamatan perkhidmatan Tan Sri Md Nor Md Yusof sebagai Pengerusi Lembaga pada 15 Oktober 2021, sebelum tarikh tamat tempoh kontrak yang baru disambung selama dua tahun mulai 20 Julai 2020.
Suruhanjaya mendapati kedua-dua mereka telah memberikan perkhidmatan yang baik dan sebenarnya sedang melaksanakan penambahbaikan terhadap LTH.
Penamatan pelantikan mereka secara mengejut tanpa sebab telah memberi kesan kepada proses penambahbaikan yang sedang dilaksanakan.
“Suruhanjaya berpandangan kuasa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa sebab tidak wajar diperuntukkan dalam Akta 535.Â
“Oleh itu, Suruhanjaya mencadangkan sebelum pembatalan pelantikan mana-mana anggota Lembaga, ia perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang dicadang untuk ditubuhkan,” menurut dapatan Suruhanjaya.
Suruhanjaya berpendapat cadangan penamatan perkhidmatan mana-mana anggota Lembaga hendaklah diberi sebab yang munasabah sebelum perkhidmatan ditamatkan.Â
Jika cadangan Suruhanjaya ini dipersetujui oleh Kerajaan, maka pindaan sewajarnya perlulah dibuat kepada Akta 535.