KL20 2026 perkukuh ekosistem syarikat pemula, sasar pasaran global menjelang 2030

FOTO BERITA: Majlis Pra Pelancaran Persidangan KL20 2026 disempurnakan oleh YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi di M Resort & Hotel Kuala LumpurJalan Damansara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 6hb Ogos 2026 (Khamis)

Persidangan KL20 2026 akan berlangsung dari September hingga November ini menerusi siri penganjuran di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur sebagai usaha memperkukuh ekosistem syarikat pemula negara serta mempercepatkan pertumbuhan syarikat tempatan ke pasaran global. Berbeza dengan edisi terdahulu yang tertumpu di Kuala Lumpur, KL20 2026 dilaksanakan menggunakan pendekatan whole-of-nation yang lebih berfokus dan berorientasikan hasil, dengan penekanan kepada mobilisasi modal, pengkomersialan teknologi, peluasan akses pasaran dan pembangunan syarikat pemula berpotensi tinggi.

Akmal berkata, berdasarkan Global Startup Ecosystem Report 2026, Kuala Lumpur berada dalam kelompok 31 hingga 40 ekosistem syarikat pemula yang sedang membangun di dunia, dengan nilai ekosistem dianggarkan sebanyak USD9 bilion bagi tempoh separuh kedua tahun 2023 hingga 2025..

“KL20 bukan sekadar persidangan biasa. Kita mahu setiap pertemuan membuka laluan kepada pelaburan, pengkomersialan teknologi dan akses pasaran yang dapat mempercepat pertumbuhan syarikat Malaysia ke peringkat global,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur membolehkan kekuatan industri, bakat serta modal di setiap negeri dimanfaatkan bagi membentuk ekosistem syarikat pemula nasional yang lebih kukuh dan berdaya saing. Persidangan KL20 2026 akan dimulakan dengan KL20 @ Pulau Pinang: Silicon Surge pada 24 September yang memberi tumpuan kepada industri semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E), sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab reka bentuk litar bersepadu serantau.

Sementara itu, KL20 @ Johor: Creative Reimagined pada 28 September akan memfokuskan kepada ekonomi kreatif dan industri permainan digital bagi menyokong pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada bakat muda. Acara kemuncak KL20 2026 dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 5 November dengan penekanan terhadap pembangunan bakat teknologi, mobilisasi modal, akses pasaran dan pengukuhan infrastruktur ekosistem syarikat pemula negara.

Penganjuran KL20 2026 turut mendapat kerjasama pelbagai rakan strategik termasuk Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), MRANTI, CREST, Cradle Fund, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), InvestPenang, Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) serta

Melalui pendekatan yang lebih menyeluruh dan berorientasikan impak, KL20 2026 dijangka menjadi platform utama dalam menarik pelaburan, mempercepat pengkomersialan inovasi serta mengangkat syarikat pemula Malaysia sebagai pemain berdaya saing di peringkat antarabangsa.
