Giant Destina Putrajaya tampil pengalaman pasar raya moden, lengkap dengan sajian dan kesihatan

FOTO BERITA: Majlis Pembukaan Rasmi Giant Hypermarket dan My Chemist Hub Pharmacy oleh Encik Cheah Yong Hock, Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. di Giant Destina Putrajaya Lot G-25, Jalan P7, Presint 7, Putrajaya. 13hb Ogos 2026 (Khamis)

GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. terus memperkukuh kehadirannya dalam sektor peruncitan menerusi pembukaan rasmi Giant Destina Putrajaya dan My Chemist Hub Pharmacy, yang menawarkan pengalaman membeli-belah lebih moden, lengkap dan bersepadu kepada pengguna.

Terletak di Giant Destina Putrajaya, Lot G-25, Jalan P7, Presint 7, pasar raya berkenaan menggabungkan keperluan harian, pilihan makanan dan minuman, produk kesihatan serta kecantikan dalam satu lokasi strategik yang mempunyai akses terus kepada rangkaian pengangkutan awam, termasuk MRT Putrajaya dan KLIA Transit.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Encik Cheah Yong Hock berkata, pembukaan Giant Destina Putrajaya mencerminkan usaha syarikat untuk terus berkembang seiring perubahan keperluan dan gaya hidup pengguna masa kini.

“Dengan akses terus kepada rangkaian pengangkutan awam, kami berharap cawangan ini dapat memberikan lebih kemudahan kepada penduduk, penjawat awam, warga kerja serta komuniti komuter di Putrajaya,” katanya.

Menurut beliau, Giant turut meneruskan komitmennya menawarkan nilai kepada pengguna menerusi strategi ‘Harga Rendah, Lebih Lama’, khususnya bagi barangan keperluan harian, hasil segar tempatan dan barangan asas dapur.

Majlis pembukaan rasmi itu disempurnakan Cheah bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Puan Linda Phang; Senior General Manager, KLCC Holdings Group Commercial & Development, Encik Ikhwan Hamzah Azizan; serta Timbalan Pengarah (Pembangunan), Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, Encik Pardon bin Munawar.

Antara tarikan utama Giant Destina Putrajaya ialah pilihan sajian menerusi Uncle Jack Fried Chicken, Sudut Nasi Campur dan Kyojin Sushi, selain Mercato Café & Bakery yang menawarkan kopi, roti sourdough yang dibakar segar serta pelbagai pilihan pastri.

Pengguna turut boleh mendapatkan produk kesihatan, penjagaan diri dan kecantikan menerusi My Chemist Hub Pharmacy yang menjadi sebahagian daripada konsep penawaran bersepadu di lokasi berkenaan.

Bagi memeriahkan pembukaan, Giant Destina Putrajaya turut menganjurkan pesta ‘Jalan Jalan Cari Jajan’ dari 13 hingga 31 Ogos 2026, yang menampilkan pelbagai jenis snek, kudapan dan minuman yang menjadi pilihan pengguna daripada pelbagai lapisan masyarakat.

GCH Retail dalam kenyataannya berkata, pembukaan Giant Destina Putrajaya selari dengan komitmen syarikat untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah, lengkap dan bernilai, khususnya kepada penduduk, penjawat awam dan komuniti yang bekerja serta berulang-alik di Putrajaya.

GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. mengendalikan rangkaian pasar raya dan peruncitan termasuk Giant, Cold Storage, Mercato, TMC serta My Chemist Hub. Syarikat itu ditubuhkan susulan pengambilalihan Giant Malaysia daripada DFI Retail Group pada Februari 2023 dan kini mengendalikan lebih 90 premis pasar raya di seluruh negara, termasuk 22 pusat beli-belah Giant di Malaysia.

Pada Mac 2025, kumpulan berkenaan turut memperluaskan kehadiran serantaunya menerusi pengambilalihan outlet Cold Storage dan Giant di Singapura, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pengendali runcit utama di rantau ini.