Filem Anwar The Untold story di pawagan mulai 18 Mei

Filem Anwar: The Untold Story akan menemui penonton mulai 18 Mei ini selepas dibuat tayangan perdana pada 8 Mei lepas.

Menurut penerbit eksekutifnya, Zulkifli Anwar Ul Haq atau Zunar, tayangannya akan dibuat di pawagan seluruh Malaysia.

Set masa kejadian yang dirakamkan oleh filem ini ialah dari tahun 1993 hingga September 1998, yang mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Datuk Anwar Ibrahim melawan rasuah juga dibantu dengan kesetian sang isteri.

Filem memfokuskan bagaimana Anwar tegas menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari cukong-cukong besar, kata Zunar.

“Juga bagaimana dia enggan menggunakan wang rakyat untuk membailout syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit.

“Kerana itu dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Filem berdurasi 108 minit ini dibuat tayangan perdana 8 Mei lalu yang melibatkan lebih 1700 penonton termasuk PM Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Filem yang diterbitkan di Indonesia ini diarahakan oleh Viva Westi
manakala Zunar adalah Eksekutif Produser yang juga menulis cerita asalnya.

Pelakonnya adalah Farid Kamil yang memegang watak PM Anwar, Acha Septriasa (Wan Azizah), Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.

 

BACA JUGA Ura-ura Anwar: The Untold Story akan dihentikan tayangannya

JUGA Filem ‘Anwar: The Untold Story’ suntik semangat reformasi

Â