PKR buka gelanggang di Melaka esok, 5,500 perwakilan dan pemerhati berhimpun perkasa agenda Reformasi

Kongres Nasional PKR 2026 bakal membuka tirainya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) esok.

Lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati dijangka membanjiri lokasi bagi mengikuti perhimpunan tahunan terbesar parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

Kongres sepanjang tiga hari itu dimulakan dengan perasmian serentak persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR oleh Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Kemuncak kongres dijadual berlangsung 15 Julai ini apabila Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan persidangan utama sebelum menyampaikan ucapan dasar yang dijangka menggariskan hala tuju parti serta agenda Reformasi dan Malaysia MADANI.

Menambah tumpuan terhadap kongres kali ini, beberapa duta asing termasuk wakil Amerika Syarikat, China, Jepun dan Australia telah mengesahkan kehadiran.

Barisan pimpinan parti-parti politik turut dijangka memenuhi dewan persidangan yang bertemakan “Memugar Reformasi, Membina MADANI”.

BACA JUGA Rakyat sindir Pas tiap-tiap tahun janji masalah air di Kelantan selesai