KB Sentral, takkan 70 tahun baru nak siap

Kerajaan Pas Kelantan kini diperlekeh oleh para pemain media sosial ekoran kelewatan siap KB Sentral.

“Buat stesen bas je pun bukan loji nuklear,” kata salah seorang dari mereka menerusi Tiktok.

Reaksi itu muncul susulan kelewatan projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) di Tunjong.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Izani Husin berkata, kerajaan Kelantan mengambil pendekatan berhati-hati dalam meneruskan projek itu, meskipun projek berkenaan mengambil masa lebih lama berbanding sasaran asal.

ADUN Kijang dari Pas itu berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan kontraktor yang dipilih mempunyai kemampuan kewangan dan kompetensi mencukupi.

Menurutnya, kerajaan negeri mahu mengelakkan risiko projek berdepan masalah atau terbengkalai jika kontraktor yang dilantik tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kerja sehingga selesai.

“Kerja-kerja tanah penambunan semua akan siap pada Mei 2027. Kos tambah tanah semua RM14 juta.

“Jadi, kerajaan negeri ini berhati-hati, terlalu berhati-hati.

“Sebab apa jadi lama? Ini kerana berhati-hatilah. Jika kontraktor itu dia berdaya saing dan kontraktor tak cukup pitih (duit), kita tidak akan buat.

“Kita pilih yang terbaik. Lambat tak apa asal jadi molek,” katanya pada Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 baru-baru ini.

Isu kelewatan projek berkenaan dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim yang meminta kerajaan negeri menjelaskan kos keseluruhan terkini serta tempoh sebenar penyia­pan KB Sentral.

Mohd Syahbuddin berkata, projek berkenaan sebelum ini diumumkan bernilai kira-kira RM64 juta dan dijangka siap pada penghujung 2026.

BACA JUGA Tohmah kerajaan zalimi pembangkang, tetapi semua 222 Parlimen dapat tambahan RM1 juta