Tabung Haji sambut baik usaha kerajaan PH pinda Akta TH, komited pastikan amanah dipelihara

Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik dan menyokong langkah kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995, selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), bagi memperkukuh tatakelola dalam memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan terus terpelihara.

Sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang menguruskan simpanan umat Islam bagi tujuan menunaikan haji, TH berkata, institusi itu komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan integriti demi menjaga kepentingan pendeposit serta kelestarian institusi.

“TH akan terus menyokong setiap usaha penambahbaikan bagi memperkukuh kepercayaan pendeposit dan memastikan amanah ini terus terpelihara untuk generasi akan datang,” katanya sebagai respon kepada langkah kerajaan melaksanakan pindaan Akta TH 1995.

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan pindaan terhadap Akta TH 1995 (Akta 535) bagi memastikan amanah umat Islam terus dipelihara. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pindaan itu antara langkah Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tatakelola dan memastikan setiap kelemahan institusi diperbetul dengan tegas.

BACA JUGA Menang kalah PRN bukan alasan tarik diri – Khaled tegaskan BN kekal bersama kerajaan