Amirudin bawa tuisyen Selangor ke Kelantan, netizen kata “Kelantan deserves better”

Program pendidikan yang dibawa dari Selangor ke Kelantan mencuri perhatian apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkongsi mengenai usaha membantu 2,500 pelajar Tingkatan Lima di negeri itu.

Menurut Amirudin, program berkenaan dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan NGO Reformis Ulung dengan menggunakan modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Program yang dinamakan PTRS Madani itu memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 pelajar Tingkatan Lima di Kelantan sebagai persediaan dalam bidang pendidikan.

Namun, yang lebih mencuri perhatian ialah tema yang dikongsikan Amirudin — “Kelantan Deserves Better”.

Amirudin sendiri kemudian menjelaskan frasa tersebut sekadar gurauan sambil menegaskan bahawa pendidikan merentasi batas dan ilmu wajar dikongsi demi kebaikan pendidikan.

Tetapi di ruangan komen, gurauan itu pantas mendapat reaksi netizen yang mengaitkannya dengan keadaan dan pentadbiran Kelantan.

“Baiknya Selangor tolong Kelantan… nanti rakyat Kelantan undi merah,” tulis seorang pengguna, sambil menambah bahawa “Kelantan Deserves Better”.

Seorang lagi netizen secara ringkas membalas, “Hahaha Kelantan deserve better,” manakala ada yang memuji Amirudin dan menyifatkan beliau sebagai MB Selangor yang “perform”.

Ada juga yang mengambil pendekatan lebih santai dengan mengajak Amirudin menikmati sarapan popular di Kota Bharu seperti roti titab dan nasi kerabu.

Apa yang bermula sebagai perkongsian mengenai program pendidikan akhirnya mencetuskan perbualan lebih luas dalam kalangan netizen termasuk perbandingan politik dan pentadbiran antara Selangor dengan Kelantan.

Program yang dinamakan PTRS Madani itu memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 pelajar Tingkatan Lima di Kelantan sebagai persediaan dalam bidang pendidikan.

Bagi Amirudin pula, mesej utamanya kekal jelas: pendidikan tidak seharusnya terikat dengan sempadan negeri dan perkongsian program yang memberi manfaat kepada pelajar perlu diteruskan.

BACA JUGA ‘Nak stesen bas macam mana? Nak ada mall dan hotel ke? – Penyokong Pas pertahan keadaan terminal bas KB