Sukan Rakyat Merdeka Zon 7 semarak semangat kemerdekaan warga Ampang

GOTO BERITA: Majlis Perasmian Sukan Rakyat Merdeka sambutan Bulan Kemerdekaan Zon 7, Kampung Melayu Ampang yang disempurnakan oleh YB Tuan Kamri Kamaruddin Timbalan Speaker DUN Selangor. Turut hadir saudara Fakhrul Razi Ahli Majlis Ampang di Padang SMK Dato’ Ahmad Razali, Bukit Antara Bangsa Ampang Selangor. 23hb Ogos 2026 (Ahad)

Sambutan Bulan Kemerdekaan di Zon 7, Kampung Melayu Ampang dimeriahkan dengan penganjuran Sukan Rakyat Merdeka yang menghimpunkan komuniti setempat dalam suasana penuh semangat patriotik dan kebersamaan.

Program yang berlangsung di Padang SMK Dato’ Ahmad Razali, Bukit Antarabangsa itu dirasmikan oleh Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Kamri Kamaruddin.

Turut hadir Ahli Majlis Ampang, Fakhrul Razi bersama barisan pemimpin masyarakat serta penduduk sekitar Zon 7.

Menurut Fakhrul Razi Penganjur memaklumkan program berkenaan merupakan siri kelima aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 7.

Penganjuran kali ini turut menjadi antara acara kemuncak sambutan kemerdekaan di peringkat zon dengan mengetengahkan aktiviti sukan rakyat dan kesukarelawanan yang melibatkan penyertaan komuniti setempat.

Menurutnya, pendekatan itu dipilih bagi memastikan sambutan kemerdekaan tidak hanya tertumpu kepada acara berbentuk simbolik, sebaliknya mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat melalui aktiviti bersama.

Program tersebut turut menjadi medan menghimpunkan penduduk daripada pelbagai lapisan usia sekali gus menghidupkan semangat gotong-royong dan kesukarelawanan dalam kalangan komuniti.

Fakhrul Razi turut merakamkan penghargaan kepada Kamri serta semua pemimpin masyarakat yang hadir dan memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program berkenaan.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Kamri serta semua pemimpin masyarakat yang hadir dan memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program berkenaan.

Walaupun dianjurkan pada skala komuniti di peringkat zon, program seperti itu dilihat mampu membawa penghayatan kemerdekaan lebih dekat kepada masyarakat melalui semangat kebersamaan dan hubungan kejiranan.

Sambutan berkenaan diadakan sempena Bulan Kebangsaan menjelang Hari Kebangsaan Ke-69 pada 31 Ogos ini.