KDNK 5.8 % bukan sekadar angka, dasar PMX mula isi poket rakyat
Prestasi ekonomi negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar menghasilkan angka pertumbuhan yang cantik, malah diterjemahkan melalui pelbagai bantuan dan subsidi yang menyentuh kehidupan rakyat.
Antara langkah paling ketara ialah kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 yang memberi manfaat kepada kira-kira empat juta pekerja di seluruh negara.
Berasarkan kepada infografik dan kajian fi Facebook Islah, pada masa sama menunjukkan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus turut meningkatkan pendapatan sekitar 1.6 juta kakitangan kerajaan.
Langkah itu bukan sahaja membantu penerima menghadapi kos sara hidup, bahkan dijangka meningkatkan kuasa beli dan merancakkan kegiatan ekonomi setempat.
Kerajaan MADANI juga terus memperuntukkan sekitar RM40 bilion bagi subsidi petrol dan diesel yang memberi manfaat kepada kira-kira 14 juta rakyat Malaysia.
Golongan berpendapatan rendah pula dibantu menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bernilai RM5 bilion dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM8 bilion.
Kedua-dua inisiatif itu dilaporkan merangkumi jutaan penerima, dengan SARA membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas secara lebih tersusun.
Selain itu, kerajaan menyediakan RM2.2 bilion bagi Sumbangan Asas Rahmah untuk Semua, selain RM2 bilion bagi subsidi minyak masak paket satu kilogram.
Golongan pesawah dan petani turut tidak dipinggirkan apabila RM1.8 bilion disediakan menerusi subsidi beras serta sokongan sektor pertanian.
Subsidi elektrik bernilai RM10 bilion, subsidi pas pengangkutan awam serta peruntukan RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan turut memperlihatkan pendekatan kerajaan yang cuba mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat.
Keseluruhan inisiatif itu menggambarkan bahawa ukuran sebenar kejayaan ekonomi bukan hanya pada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi sejauh mana manfaatnya sampai ke poket, dapur dan kehidupan harian rakyat.
BACA JUGA PRN Melaka: PKR nak kumpul semua “senjata”, Otai dipanggil balik?