Presiden Gerakan pakai songkok tak apa, kalau DAP buat, mesti dah kena ‘sembur’
Gambar Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai mengenakan baju Melayu dan songkok sempena ucapan Maulidur Rasul hari ini menarik perhatian netizen.
Perkongsian Dominic di Facebook beliau dilihat mengundang lebih 1,500 emoji ketawa dengan lebih 720 komentar setakat 7 petang ini.
Rata-rata menyindir bahawa penampilan Dominic itu tidak mengundang cemuhan penyokong Pas yang ‘mesra’ digelar walaun kerana beliau berada dalam Perikatan Nasional (PN).

Namun, ramai berpendapat jika pemimpin DAP tampil dengan pakaian sama, pastinya sudah kena ‘sembur’ dengan walaun.
“Dia pakai songkok geng…. kalau ikutkan sifir walaun, dia nak tipu orang Melayu,” perli pengguna Facebook, Abd Mutalib.
Sementara itu, Chang Ji Han mengulang kembali ungkapan tipikal yang kerap diguna oleh penyokong Umno dan Pas sebelum ini dalam membentuk naratif membenci DAP.
“Bak kata pepatah, “Ingat, dulu Lee Kuan Yew pun pernah pakai songkok.” Ada udang di sebalik songkok ni,” sinisnya.
Malah, Muhazzan Mansor pula berpendapat penyokong Pas bersikap ‘double standard’ apabila penampilan sedemikian tidak dipersoalkan jika membabitkan pemimpin parti sekutu dalam PN.
Namun, tegasnya, akan menjadi bahan kecaman sekiranya dilakukan pemimpin DAP.
“Dia pakai baju Melayu dan songkok okey bagi orang Pas sebab dah disucikan bila masuk PN.
“Tapi jangan kalau geng DAP, selagi tak suci jangan buat!” tempelaknya.
BACA JUGA ‘Depa nak bahas kat TikTok je’, netizen gelak PN mahu RCI baharu Tabung Haji