Umno jangan berdalih, akuilah ada ‘sakau’ & hakikat salah tadbir Tabung Haji

OLEH NORMAN RADZUAN

Umno mesti mengaku kes ‘sakau’ Tabung Haji.

Apabila Pas dan BN yakin dpt menghasut Melayu dengan doktrin perkauman, mereka memasuki fasa kedua iaitu memperbodohkan orang Melayu.

Fasa 1 candukan pemikiran Melayu. Bila sudah terkhayal buatlah apa sahaja pasti disokong. Ibarat penagih ketum, terkhayal maka akan buat perkara bodoh.

Semalam Pas dan BN anjurkan Forum Musyawarah Nasional 2.0 – Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan TH.

Tak ubah sepertimana kes 1MDB dahulu buat forum khas, tapi akhirnya dunia istihar bahawa kes 1MDB adalah terburuk dlm sejarah korupsi dunia.

Nak alihkan isu, cara Zahid dan Asyraf seolah keduanya ini belajar sekolah 4 Senawi. Mudah sahaja alasan Tan Sri Madinah, ‘ Saya tidak faham apa erti ‘Sakau’.

Beginilah ‘sakau’ itu bahasa slanga/politik. Macam bangang, bongok maksudnya bodoh. ‘Sakau’ itu rasa orang Melayu dekat kampung-kampung pun tahu maksudnya.

Terimalah hakikat seperti kata KJ, Umno kena jujur mengenai isu Tabung Haji berlaku salah tadbir isu pengurusan institusi ini.

Tambah KJ lagi, Umno perlu berani “terimalah hakikat” mengenai faktor kekalahan dan kelemahan tadbir urus parti, termasuk isu berkaitan 1MDB.

Malah profesional ekonomi dapat melihat betapa korup pengurusan Tabung Haji ketika itu seperti dilaporkan RCI.

Saya hairan bagaimana Madinah boleh berkata, “Penyata kewangan diaudit JAN menunjukkan keuntungan bersih kira-kiraRM3.4 bilion, manakala Financial Position Review oleh PwC melaporkan kedudukan defisit atau kerugian kira-kira RM1.4 bilion.”

Faktanya kerugian RM 3.4 billion dikatakan untung RM 1.4 billion. Malah Bank Negara telah memberi amaran sebanyak 5 kali kepada pengurusan Tabung Haji.

Paling gila pengurusan Tabung Haji lakukan di mana Menteri, Tim Menteri dan Pengerusi TH sendiri adalah dari kepimpinan Umno. Habis dikerjakan oleh mereka hingga TH kerugian lebih RM 10 billion.

Kenapa Umno sanggup berbohong isu ini? Sebab mereka tahu ketika ini orang Melayu akan sokong apa sahaja mereka lakukan walaupun bersalah kerana api perkauman mengatasi kebenaran.

Isu perkauman ini boleh laku hanya jika Umno terus patuh kepada Pas. Tapi apabila Umno cuba lawan atau tidak lagi mahu mengikut kehendak Pas, mudah untuk Pas membenam Umno.

Orang Melayu percaya hujah Umno atau sokong Umno kerana mereka percaya kata Hadi Awang isu tentang DAP. Bukannya mereka percaya kepada Zahid Hamidi.

Hakikat DAP ini dulu senjata Umno yg makan tuan.
Bila bersama dgn PH, Umno sepertimana pandangan Tun Mahathir bahawa DAP bukan seburuk disangka. Ia hanya sebagai ‘produk jualan terlaris’ untuk pilihanraya.

RCI ini dibuat zaman Pas menjadi kerajaan. Mereka yg dilantik dlm RCI pilihan kerajaan dahulu. Apabila keputusan tidak memihak kenapa seolah olah kerajaan sekarang dipersalahkan?

Umno takut isu Tabung Haji ini akan menjadi 1MDB 2.0 hingga Umno ditolak teruk oleh orang Melayu. Hakikat orang Melayu menolak Umno, tapi oleh kerana Umno kerjasama dengan Pas nampak Umno gah.

Kemudian saya terbaca dakwaan Nik Abduh, ‘Najib berhak bebas sepenuhnya!’ Terkejut, marah dan tertanya tanya kenapa orang Melayu tak marah malah menyokong?

Ini kes bukan di dlm negara, kes 1MDB diiktiraf sebagai jenayah kewangan global kerana melibatkan pemindahan berbilion bilion ringgit merentas sempadan antarabangsa.

Berpuluh billion duit rakyat disakau, org Melayu boleh setuju Najib mesti dibebaskan? Hanya mampu mengeleng kepala saya.

Negara ini pasti hancur sepertimana Najib lakukan dahulu. Kita patut berterima kasih kepada Sarawak, Sabah, Melayu profesional dan non Malay yang masih mempunyai integriti.

Hanya kelompok ini sahaja yang masih rasional untuk menyelamatkan negara ini. Hakikat bangsa saya sendiri ramai yang terkhayal dengan candu Melayu untuk membiarkan berpuluh billion wang rakyat dirompak oleh golongan kapitalis ini.

Kita akan terus perjuangkan negara kita dari tangan ‘penyamun’ dan penunggang agama itu. Kita yakin masih ramai umat Melayu yang masih berpegang kepada intergriti.

Masih ramai yang berpegang teguh kepada kebenaran, tetap pendirian dan konsisten mempertahankan prinsip yang benar berdasarkan ajaran agama, hujah, serta moral walaupun menghadapi pelbagai cabaran berhadapan dengan masyarakat yang telah dirosakkan oleh Pas dan BN.