Ibu Hamzah meninggal dunia, PMX dan Wan Azizah titip doa buat keluarga

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pemergian ibunya, Mariam Kassim.

Anwar berkata, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan agar Hamzah serta seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan tersebut.

“Saya dan Azizah mendoakan saudara Hamzah terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan yang terbaik buat beliau sekeluarga.

“Semoga roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya serta diberikan tempat yang istimewa oleh-Nya. Al-Fatihah,” kata Anwar menerusi media sosial rasmi beliau.

Mariam meninggal dunia pada usia 90 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang, Selangor.

BACA JUGA MB Pas ‘tembak’ PMX isu judi, Sepakat desak Sanusi mohon maaf