Merdeka bukan sekadar bebas, rakyat perlu bersatu pertahan masa depan negara – Amirudin

FOTO BERITA: Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Bagi Tahun 2026 Peringkat Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di Stadium Kajang. 30hb Ogos 2026 (Ahad)

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang bebasnya tanah air daripada penjajahan, sebaliknya menuntut setiap rakyat terus mempertahankan perpaduan, keamanan dan masa depan negara dengan penuh keyakinan serta rasa cinta kepada Malaysia.

Menteri Besar Selangor berkata, selepas 69 tahun menikmati kemerdekaan, rakyat Malaysia kini berdiri sebagai bangsa yang bebas, berdaulat dan mempunyai hak menentukan sendiri hala tuju negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 Peringkat Negeri Selangor di Stadium Kajang, malam tadi.

Menurutnya, kemerdekaan yang diwarisi hari ini lahir daripada perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran demi memastikan tanah air dapat berdiri dengan maruahnya sendiri.

“Alhamdulillah, kita wajib bersyukur kerana negara kita terus dipayungi dengan keamanan dan kestabilan walaupun berlaku perubahan-perubahan dan perbezaan.

“Perpaduan di dalam masyarakat adalah kunci penting yang telah menyelamatkan negara kita daripada penjajahan, membawa kita keluar daripada masalah kemiskinan dan menyebabkan kita mampu bangun menentang rintangan serta cabaran,” katanya.

Beliau menegaskan, kekuatan sebenar Malaysia terletak pada kemampuan rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang untuk terus berdiri bersama sebagai satu bangsa.

Katanya, perbezaan tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan rakyat, sebaliknya perlu diraikan sebagai kekuatan yang memperkayakan negara dan menyatukan masyarakat.

KatanyaDalam semangat sambutan Hari KebangJusteru, katanya, jiwa merdeka perlu dibina berasaskan ilmu, fakta dan keyakinan supaya rakyat tidak mudah dipengaruhi sentimen yang boleh menggugat keharmonian negarasaan, beliau turut mengingatkan bahawa ancaman terhadap kemerdekaan hari ini hadir dalam bentuk yang berbeza berbanding dahulu.

Dalam semangat sambutan Hari Kebangsaan, beliau turut mengingatkan bahawa ancaman terhadap kemerdekaan hari ini hadir dalam bentuk yang berbeza berbanding dahulu.

Jika suatu ketika dahulu perjuangan berdepan penjajah secara fizikal, masyarakat hari ini pula perlu menghadapi ancaman berita palsu, fitnah, ketakutan dan maklumat yang boleh merosakkan pemikiran serta memecah-belahkan rakyat.

Justeru, katanya, jiwa merdeka perlu dibina berasaskan ilmu, fakta dan keyakinan supaya rakyat tidak mudah dipengaruhi sentimen yang boleh menggugat keharmonian negara

Beliau berkata, kemerdekaan sebenar juga bermaksud membebaskan diri daripada belenggu pemikiran sempit, ketakutan dan prasangka, sekali gus melahirkan masyarakat yang matang serta berani melangkah ke hadapan.

Dalam mendepani perubahan dunia termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu, beliau mahu rakyat Selangor terus memperkukuh ilmu, kecekalan, adab serta budi pekerti.

Generasi muda khususnya, katanya, perlu diberikan pendidikan terbaik kerana merekalah yang akan mewarisi amanah mempertahankan kemerdekaan dan meneruskan pembangunan negara.

“Mari kita berikan keyakinan kepada mereka melalui ilmu pengetahuan, melalui pendidikan yang sempurna, melalui latihan dan adab yang betul, melalui didikan agama yang tepat,” katanya.

“Mari kita berikan keyakinan kepada mereka melalui ilmu pengetahuan, melalui pendidikan yang sempurna, melalui latihan dan adab yang betul, melalui didikan agama yang tepat,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Selangor mempunyai asas kukuh untuk terus menjadi negeri terkehadapan di Malaysia dan muncul sebagai model pembangunan di rantau Asia Tenggara.

Menurutnya, aspirasi itu bukan sekadar angan-angan kerana ia dibina atas asas pembangunan yang kukuh serta sumbangan pelbagai generasi, daripada pendidik sehinggalah kepada seluruh lapisan masyarakat.

Beliau mahu setiap rakyat berbangga dengan identiti masing-masing tanpa pernah melupakan identiti bersama sebagai rakyat Malaysia.

Beliau mahu setiap rakyat berbangga dengan identiti masing-masing tanpa pernah melupakan identiti bersama sebagai rakyat Malaysia.

“Kita akan maju ke depan, terus menjadi bangsa yang merdeka, terus menjadi rakyat yang bebas. Dan kebebasan itu adalah milik bagi mereka yang mempertahankan kemanusiaan dan keadilan untuk semua,” katanya.

Mengakhiri amanat kemerdekaan itu, beliau menyeru rakyat Selangor berganding bahu mempertahankan negara serta memastikan generasi akan datang mewarisi Malaysia yang lebih aman, maju dan sejahtera.

“Marilah kita bersatu padu memastikan anak-anak kita mempunyai masa depan yang baik. Marilah kita bersatu padu demi kebaikan negara dan negeri kita. Salam Kemerdekaan, Salam Hari Kebangsaan,” katanya.

Semangat itu sekali gus menjadi peringatan bahawa kemerdekaan yang dikecapi selama 69 tahun bukan sekadar untuk diraikan, tetapi perlu dipelihara setiap hari dengan perpaduan, ilmu, keberanian dan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air.