Bukan sekadar bekalan, kemampuan rakyat membeli jadi cabaran besar Belanjawan 2027

Cabaran ekonomi Malaysia selepas ini bukan sekadar memastikan bekalan makanan, tenaga dan barangan keperluan mencukupi, sebaliknya kemampuan rakyat untuk terus membelinya perlu menjadi antara fokus utama menjelang Belanjawan 2027.

Penganalisis ekonomi, Ahmad Faizuddin Razali berkata, risiko kenaikan kos semakin perlu diberi perhatian ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global serta ancaman cuaca dan El NiƱo yang boleh memberi tekanan terhadap harga makanan dan tenaga.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat Majlis Tindakan Ekonomi Negara mengenai Krisis Bekalan Global yang dibentangkan Nurhisham Hussein kelmarin.

Menurutnya, dua risiko utama yang sedang dihadapi ialah konflik geopolitik termasuk perang AS-Iran yang masih belum reda serta kesan perubahan cuaca yang berpotensi menjejaskan pengeluaran makanan.

Bagaimanapun, beliau berkata, bekalan minyak negara setakat ini masih terjamin sehingga akhir tahun, manakala Malaysia juga belum berdepan masalah kekurangan bekalan makanan yang serius.

ā€œBarang masih ada. Bekalan masih sampai. Tetapi kos untuk mendapatkan bekalan itu semakin mahal,ā€ katanya menerusi satu hantaran.

Kemampuan rakyat

Beliau menjelaskan, cabaran selepas ini mungkin bukan lagi semata-mata soal kekurangan barangan, sebaliknya isu kemampuan apabila rakyat berdepan harga yang semakin tinggi walaupun bekalan masih tersedia.

Isu itu, jelasnya, perlu ditangani dari dua sudut iaitu meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam negara serta memastikan pendapatan rakyat terus berkembang supaya kuasa beli tidak terhakis akibat kejutan harga global.

Ahmad Faizuddin Razali

ā€œKalau kita boleh menghasilkan lebih banyak makanan, tenaga dan barangan keperluan sendiri, kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada bekalan luar.

“Lebih tinggi kapasiti pengeluaran domestik, lebih kuat daya tahan ekonomi kita apabila berlaku kejutan global,ā€ katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pertumbuhan gaji, peningkatan produktiviti dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi juga penting kerana kemampuan rakyat menghadapi kenaikan harga banyak bergantung kepada peningkatan pendapatan.

Ahmad Faizuddin turut menyifatkan pendekatan kerajaan menyesuaikan kuota petrol mengikut keadaan pasaran sebagai dasar yang fleksibel dan mampan, dengan kuota petrol dinaikkan semula kepada 300 liter serta diesel kepada 400 liter apabila tekanan harga minyak global berkurangan.

Beliau berkata, ketika harga minyak mentah melonjak melebihi AS$100 setong pada peringkat awal krisis, kerajaan perlu melakukan pelarasan bagi mengurus tekanan kewangan negara, sebelum mempunyai ruang fiskal lebih baik apabila harga kembali sekitar AS$90 setong.

Justeru, kata pempengaruh media social itu, Belanjawan 2027 perlu memberi penekanan kepada dua perkara utama iaitu meningkatkan pengeluaran domestik dan meningkatkan pendapatan rakyat.

ā€œNegara mesti mampu menghasilkan. Rakyat mesti mampu membeli.

ā€œKrisis masa hadapan Malaysia mungkin bukan lagi sekadar persoalan ā€˜ada barang atau tidak?’, tetapi persoalan yang lebih penting ialah ā€˜kalau barang itu ada, mampukah kita membelinya?’,ā€ kata Ahmad Faizuddin lagi.

BACA JUGA Dakwa AS mahu jatuhkan kerajaan, Hadi kini berdepan tiga laporan polis