Kempen Internet Selamat dekati peserta veteran di Kelantan, tingkat kesedaran ancaman scam
Kempen Internet Selamat terus melebarkan sayap ke peringkat komuniti apabila Seminar Anti-Scam anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Kelantan diadakan semalam di Dewan Seminar Masjid An-Nur, Wakaf Bharu.
Program yang turut melibatkan Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Kelantan itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran mengenai ancaman penipuan dalam talian serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan menjadi mangsa.
Taklimat berkenaan memberi penerangan mengenai tanda-tanda penipuan serta langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan berkaitan isu dan kaedah penipuan yang semakin berleluasa.
Program tersebut merupakan antara usaha meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih berwaspada ketika berurusan dan berinteraksi dalam talian.
Melalui Kempen Internet Selamat, aspek keselamatan Internet bukan sahaja melibatkan penggunaan teknologi secara bijak, malah merangkumi kesedaran terhadap ancaman seperti penipuan dalam talian dan penyalahgunaan maklumat.