Bila wang negara diurus berhemah, rakyat dapat manfaat, hanya kontraktor kroni ‘panas’

Oleh NORMAN RADZUAN

Hannah Yeoh beritahu bukan mudah untuk minta peruntukan dari MOF bagi Kementerian Wilayah.

Menteri Kewangan 2 sangat terperinci. Tapi Hannah akui ia dilakukan demi menjaga wang cukai rakyat agar tidak digunakan sewenang-wenangnya.

Begitu juga tanyalah semua Menteri zaman PMX kerja luar negara hanya seorang dua pegawai saja dibenarkan ikut bersama. Tidak seperti zaman dulu satu rombongan Cik Kiah diangkut ke luar negara.

Tanya menteri-menteri berkenaan jika ke kerja luar negara bersama PMX tiada jadual kosong sepanjang hari. Apatah lagi jadual bermain golf dan membeli belah seperti lazimnya.

Semua ini dilakukan untuk menjaga wang rakyat seperti diamanahkan rakyat.

Bila menjaga dengan amanah, barulah wang tersebut digunakan untuk memberi kenaikan gaji untuk kakitangan awan, subsidi minyak, bonus dan pelbagai lagi untuk rakyat.

Dahulu hanya mereka yang berkepentingan politik, kroni-kroni (kawan-kawan) dan kaum keluarga yang mengaut duit rakyat ratus juta hingga berbilion.

Padahal, duit itu boleh diagih-agihkan kepada berpuluh juta rakyat.

Dikawal ketat

Apabila pengurusan kewangan negara dikawal ketat, wang tersebut diberikan kepada rakyat dengan cara berkhemah.

Lalu yang marah kontraktor-kontraktor kroni yang berjuta-juta kaut untung dengan rasuah sana sini.

Bila tidak boleh makan hasil haram mereka hasut orang Melayu bencikan PMX. Mereka ini hanya fikir perut mereka sahaja.

Matlamat PMX nak selamatkan negara ini dari subur atau normalisasi budaya rasuah ini. Mahu selamatkan negara ini dari bankrap.

Lihat mereka yang menjerit Melayu tapi berbilion wang rakyat hilang. Mereka yang jaga Tabung Haji, Felda, Mara… cukup menjerit ‘Melayu’ maka aktiviti mereka dihalalkan begitu sahaja.

Di dunia ini hanya di Malaysia sudah bayar berbilion bilion tetapi barang dipesan untuk tujuan keselamatan negara/rakyat tidak sampai sampai. Begitulah rosaknya pemimpin-pemimpin Melayu.

Ingatlah untuk mengubati penyakit itu pahit. Tapi kepahitan itu untuk keselesaan di masa hadapan.

Percayalah suatu masa nanti kita semua akan akui apa yang dilakuka PMX ini bukan untuk dirinya tetapi untuk kita.

PMX rela dikeji kerana beliau faham 30 tahun budaya rasuah ini telah subur di segenap penjuru dalam kerajaan. Bila SPRM agresif mengambil tindakan lalu beliau tahu akan diserang oleh golongan-golongan ini.

Apatah lagi ia melibatkan golongan kapitalis. Anwar rela walaupun terpaksa membayar harga yang mahal untuak perjuangan ini.

BACA JUGA Umno Terengganu bersuara: ‘Kami pernah ditipu, dizalimi MN 1.0’