30–45 minit untuk satu kandungan scam: Kenapa proses SKMM ambil masa?
Sebanyak 127,568 kandungan scam telah dikenal pasti dan diminta diturunkan oleh SKMM setakat 19 Ogos 2026, dengan Facebook dan TikTok mencatat jumlah tertinggi. Setiap permohonan memerlukan antara 30 hingga 45 minit untuk diproses, menunjukkan usaha membanteras scam turut melibatkan proses semakan dan tindakan yang mengambil masa.