PN bakal dibubar? Notis tular dari ROS jadi tanda tanya
Persoalan mengenai masa depan Perikatan Nasional (PN) menjadi tanda tanya selepas tular satu surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengenai pembatalan gabungan itu.
Difahamkan, ROS menghantar surat kepada PN, meminta penjelasan mengapa gabungan di bawah pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin itu tidak patut dibatalkan dalam tempoh 30 hari.
Notis tersebut turut melarang parti-parti komponen PN dari menggunakan logo gabungan itu dalam sebarang aktiviti sehingga Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan muktamad.
ROS akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat.