Petrol naik RM4.57, PH wajib kalah?, cubaan orang BN ini ‘makan diri’, kena perli mana IC
Cubaan seorang penyokong tegar Barisan Nasional (BN) mengaitkan kenaikan harga RON95 tanpa subsidi kepada RM4.57 seliter dengan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya ‘makan diri’.
Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Muhaimin menulis, “Minyak naik lagi jadi RM4.57 orang Melaka wajib bagi PH kalah teruk.”
Namun, hantaran berkenaan dihujani kecaman dan sindiran termasuk bertanyakan mengenai kelayakan BUDI95.
Netizen mempersoalkan mengapa angka RM4.57 digunakan tanpa menyebut harga subsidi BUDI95 yang dinikmati pengguna layak.
Antara komen yang menarik perhatian berbunyi, “BUDI kan ada, kau warga asing ke?”, manakala seorang lagi secara berseloroh bertanya, “Takdak IC kah?”
Ada juga pengguna yang menyindir bahawa rakyat Malaysia yang layak masih boleh mendapatkan RON95 pada harga RM1.99 seliter melalui BUDI95.
“Setuju, bila biru (BN) menang, mereka akan beri minyak percuma, tak ada kuota, isi sebanyak mana yang termampu. Stesen minyak tu buat macam stesen minyak sendiri. Betul tak admin?
“Kau ni PATI (pendatang tanpa izin) ke? Macam mana boleh jadi ahli Umno?,” demikian antara sindiran warganet.
Sindiran berhubung MyKad itu timbul kerana Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan penerima BUDI MADANI RON95 atau BUDI95 yang layak terus membayar RM1.99 seliter.
Walaupun harga RON95 tanpa subsidi meningkat kepada RM4.57 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 September 2026, rakyat Malaysia yang layak masih kekal membayar RM1.99 seliter, dengan kelayakan asas sehingga 300 liter sebulan.
BACA JUGA Siapa sebenarnya yang ‘berniat jahat’ dalam kemelut PN?