RENCANA | Kenapa Umno makin sombong?

Umno tidak pernah berubah dan ada rahsia untuk mengubahnya.

Kenapa Umno menjadi sombong dan di mana kekuatannya?

OLEH NORMAN RADZUAN

Benarlah apa yang dikatakan Ketua Pemuda Pas beberapa bulan yang lalu, ‘Kalau nak ubah Umno, jangan bagi menang banyak kerusi’.

Ketika Umno di titik terendah, Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Mahiaddin mahu haramkan Umno. Bergegas Datuk Seri Anwar ke pejabat Mahiaddin di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Anwar ugut jika haramkan Umno, Pakatan Harapan (PH) akan tarik diri menjadi kerajaan. Jika peminat Umno kata tanpa Umno Anwar tidak jadi kerajaan, sebenarnya jika tanpa Anwar, Umno sudah hilang dari muka bumi.

Selepas itu bila PH 2.0, Anwar angkat Zahid menjadi timbalan. Anwar beri Zahid mengetuai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Tujuannya supaya Umno berjaya menambat hati orang Melayu.

3 tahun bersama Zahid, Anwar tanggung cercaan Pas kononnya Anwar lindungi 47 kes rasuah Zahid. Sampai sesama PH bertanya tidak bolehkah Umno gantikan Zahid dengan Mat Hassan atau Johari Ghani kerana Zahid dilihat liabiliti kerajaan yang ada.

Banyak kementerian yang menjaga kepentingan orang Melayu, Anwar serahkan kepada Umno tanpa mencurigai kesetian bersama kerajaan Madani untuk pulihkan ekonomi negara.

Tidak sampai sepenggal Umno kembali buat onar mengkhianati PH. Umno pernah ada pengalaman dikhianati Pas tetapi kini mereka pula berbuat demikian demi kuasa.

Isunya di mana kekuatan Umno? Adakah orang Melayu sudah kembali menjadikan Umno parti dominan orang Melayu?

Jawapannya tidak. Kekuatan Umno kerana mendapat perlindungan dari Pas. Jika Pas tidak menyokong Umno, anda ingat Umno boleh menjadi pengkhianat seperti sekarang ini?

Ketika Anwar sibuk ke sana sini mencari pelabur untuk pulihkan ekonomi negara, timbalannya hari-hari menyindir Perdana Menteri.

Itulah manusia bernama Zahid yang menggunakan partinya untuk kepentingan dirinya. Ini pernah dilalui Ismail Sabri dahulu. 

Kebimbangan kelompok intelektual, jika Umno mengetuai kerajaan, negara akan kembali ke zaman kegelapan. Tabung Haji, Felda, MARA malah kementerian keselamatan negara rugi berpuluh puluh billion. 

Pakatan Rakyat

Kesombongan atau pengkhiantan Umno ini boleh dihentikan jika Pas tidak bersama mereka. Umno tahu kini Pas jauh lebih kuat dari mereka.

Pemikir politik di meja bulat maklumkan kebimbangan Umno atas kerjasama dengan Pasini satu sahaja. Adakah Pas mahu mengetuai Kerajaan Pusat. Bolehkah lagi Pas dibuli seperti dahulu? 

Sebab itu Umno ketika ini main dua kolam… satu pada Pas dan satu pada PH. Pas akan terus menjadi khadam kepada PM Umno seperti sebelum ini kepada Mahiaddin dan Ismail Sabri.

Jika mempunyai banyak kerusi, Umno akan membuli mana-mana parti sebagai abang besar seperti dilalui oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak lebih 60 tahun lamanya.

Jadi apa formula untuk hentikan ‘kejahatan’ Umno ini?

Andai Pas mahu wujudkan semula Pakatan Rakyat seperti mana diimpikan Tuan Guru Nik Aziz dahulu, nescaya kesombongan Umno dan rasuah Malaysia boleh ditamatkan.

Keputusan PRU16 nanti, Umno akan lebih teruk dari keputusan PRU15. Sebenarnya bukan orang Melayu menolak Anwar tapi orang Melayu menolak mana-mana parti selain Pas. 

Jika Pas mahukan sebuah negara Malaysia yang sebenar, mereka perlu berubah dan menerima hakikat Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan hak orang Melayu terjamin dalam Perlembagaan.

Pas tidak perlu lagi memperbodohkan pemikiran orang Melayu dengan fahaman politik sempit perkauman. Pas sudah hampir berubah melalui Tuan Guru Nik Aziz dahulu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz boleh dilihat sebagai antara tokoh penting yang membawa perubahan besar terhadap gaya dan wajah politik Pas, khususnya dari segi hubungan dengan masyarakat bukan Islam.

Kita lihat apa dilakukan Tuan Guru, pendekatan terhadap kepelbagaian kaum dan usaha meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran yang boleh diterima oleh masyarakat yang lebih luas.

Perlu diingat, Tuan Guru Nik Aziz bukan bermaksud meninggalkan identiti Islam Pas. Sebaliknya, pendekatan beliau lebih kepada menunjukkan bahawa politik Islam tidak semestinya diterjemahkan melalui permusuhan antara kaum atau pemisahan antara Islam dan bukan Islam.

Daripada “parti orang Melayu/Islam” kepada parti yang mahu bercakap dengan semua. Salah satu perubahan penting era Nik Aziz ialah usaha menjadikan Pas lebih merentas sempadan etnik.

Kalau kita buka sejarah pada tahun 2005, Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka menganggap dirinya sebagai bapa kepada seluruh rakyat Kelantan termasuk Cina, Melayu, India dan Siam, dan beliau tidak mahu memberi perhatian hanya kepada Melayu.

Perkara sama dilakukan Anwar. Cuma sayangnya Pas di era Hadi Awang, beliau terbawa isu peribadi antara dirinya dan Anwar dalam pentadbirannya menguruskan Pas.

Saya ulang, Malaysia hanya boleh diselamatkan dari rasuah yang menggila ini jika Pas bekerjasama dengan PH kerana kedua parti ini mempunyai prinsip yang kuat melawan rasuah