RENCANA | CHANGE GOVERNMENT, CHANGE LOYALTY
Negeri Sembilan: Bila janji “kaedah terbaik” hilang selepas kemenangan?
Ada satu soalan yang semakin sukar dielakkan dalam kemelut Negeri Sembilan: Apa sebenarnya berlaku kepada prinsip apabila kerajaan berubah?
Sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tampil dengan keyakinan bahawa BN mempunyai “kaedah terbaik” untuk menyelesaikan krisis takhta Negeri Sembilan.
Tetapi kaedah itu tidak mahu didedahkan. Rakyat diminta memberikan mandat terlebih dahulu. Kata Tok Mat pada 24 Julai 2026: “Tak apa, biar kita menang dulu. Kita menang dulu. Bila menang, besok kita dapat ilham.”
Itu bukan rakyat yang memaksa beliau membuat janji dan kenyataan beliau sendiri. Dan rakyat Negeri Sembilan kemudian mengundi.
Pada 1 Ogos 2026, BN memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN, manakala PN memenangi tujuh dan PH 11. BN dan PN kemudiannya membentuk kerajaan negeri.
Tok Mat sendiri mengekalkan kerusi Rantau dengan majoriti 12,018 undi. Jadi mandat sudah ada. Kerajaan sudah ada. Kuasa sudah ada.
Sekarang mana “kaedah terbaik” itu?
Seperti yang dijanjikan oleh Tok Mat. Beliau sendiri seolah-olah hilang dari radar pasca pilihan raya. Atau adakah “ilham” yang dijanjikan hanya muncul sebelum pilihan raya — dan hilang selepas keputusan pilihan raya diumumkan?
DULU KATA AMINUDDIN TAK TAHU SELESAI
Kemelut Negeri Sembilan bukan bermula selepas BN menang. Ia sudah meletup sebelum PRN.
Pada 17 April 2026, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) mengesahkan penamatan Dato’ Mubarak Dohak sebagai Undang Sungai Ujong.
Kemudian pada pada 19 April, empat Undang mengeluarkan deklarasi yang mendakwa menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar dan menamakan Tunku Nadzaruddin sebagai pengganti.
Pada 27 April pula, 14 ADUN Umno menarik sokongan daripada Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Kemudian berlaku krisis politik yang membawa kepadapembubaran DUN pada Jun dan akhirnya PRN pada Ogos.
Dalam suasana itu, Aminuddin dikritik kerana dikatakan tidak mampu menyelesaikan isu adat dan institusi Diraja.
Sekarang kerajaan sudah bertukar. Menteri Besar sudah bertukar. BN sudah kembali berkuasa.
Maka persoalan yang munasabah ialah: Apa yang berubah selain orang yang duduk di kerusi Menteri Besar? Keadaan semakin mengusut dan tidak terarah!
Jika Aminuddin dahulu dikatakan gagal menyelesaikan kemelut, apakah ukuran penyelesaian selepas BN mengambil alih?
ISMAIL LASIM: SUMPAH TAAT SETIA, KEMUDIAN “DURESS”
Pada 2 Ogos 2026, sehari selepas PRN, Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di hadapan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti.
Beliau bukan orang luar daripada sistem Umno Negeri Sembilan. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Umno Negeri Sembilan dan pernah menjadi Exco di bawah Mohamad Hasan serta Aminuddin Harun.
Kemudian berlaku episod yang sukar diterangkan denganbahasa politik biasa. Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz ditandatangani.
Tetapi pada 9 September, Ismail tampil menjelaskan bahawa beliau menandatangani dokumen itu “tanpa rela hati dan secara paksaan”.
Beliau juga membuat laporan polis pada 8 September.
Kerajaan Negeri pada ketika itu menyatakan dokumen tersebut tidak memenuhi proses dan tatacara Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan oleh itu dianggap tidak sah, tidak berperlembagaan serta tidak boleh dikuatkuasakan.
Perhatikan kontradiksinya. Seorang Menteri Besar menandatangani. Kemudian beliau berkata: Saya dipaksa.
Kerajaan negeri pula berkata: Dokumen itu tidak sah.
Maka rakyat berhak bertanya: Kalau tidak sah, mengapa tandatangan diberikan?
Dan jika benar wujud paksaan: Siapa yang memaksa Menteri Besar? Adakah paksasn oleh Presiden Umno, Azalina atau siapa? Yang dikata turut hadir ketika perjumpaan tersebut.
Soalan itu bukan tuduhan. Ia soalan yang lahir terus daripada kenyataan Menteri Besar sendiri. Malah polis kemudiannya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan paksaan tersebut.
Jadi isu “duress” bukan fakta yang sudah diputuskan.
Ia ialah dakwaan rasmi Menteri Besar yang sedang disiasat. Adakah keyataan pimpinan Umno itu fakta atau propaganda?
KEMUDIAN MUNCUL “SEBULAT SUARA”
Belum reda isu tandatangan dan dakwaan paksaan, munculpula babak baharu. Pada 15 September, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membincangkan proklamasi tersebut.
Pada 17 September, Ismail mengesahkan bahawa perkara itutelah dibincangkan dan diputuskan oleh semua Exco secara sebulat suara.
Jadi kronologinya menjadi semakin pelik. Mula-mula:
Proklamasi ditandatangani.
Kemudian: Menteri Besar kata beliau dipaksa.
Kemudian: Kerajaan Negeri kata dokumen itu tidak sah.
Kemudian: MMKN dikatakan membuat keputusan secara sebulat suara berkaitan proklamasi itu.
Dan dua hari kemudian datang kenyataan Jabatan Peguam Negara. Kenyataan yang bukan kecil.
AGC: PROKLAMASI 19 APRIL TIDAK SAH
Pada 17 September 2026, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan pendirian rasmi bahawa Proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang TubuhKerajaan Negeri Sembilan 1959.
AGC juga menyatakan tiada keterangan bahawa mana-mana faktor hilang kelayakan di bawah Perkara 10(1) terpakai kepada Tuanku Muhriz.
Dan lebih penting: Menteri Besar dan MMKN tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.
Ini bukan lagi komen seorang blogger. Bukan kenyataan pembangkang. Bukan kenyataan penyokong Istana. Ini pendirian Jabatan Peguam Negara. Instutusi yang mengurus dan penasihat Kerajaan dari sudu tperlembagaan dan tatakelola.
AGC turut menyatakan bahawa tindakan Undang untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar tetap tertakluk kepada prosedur dan syarat dalam Perkara 10.
Setakat kenyataan AGC itu dikeluarkan, tidak terdapat fakta yang menunjukkan prosedur yang ditetapkan telah dipatuhi. AGC juga menarik perhatian kepada Perkara 16 UUTKNS 1959.
Perkara itu meletakkan persoalan tertentu berkaitan adat Melayu — termasuk pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Undang serta perkara yang dibawa oleh Yang di-Pertuan Besar — dalam bidang kuasa DKU.
AGC menyatakan nasihat DKU di bawah Perkara 16(3) adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mahkamah atas apa-apa alasan.
Malah AGC menyatakan pengumuman atau kenyataan ahli MMKN mengenai perkara tersebut tidak mempunyai kesan undang-undang jika mereka tidak mempunyai bidang kuasa atau autoriti di bawah UUTKNS.
Dan jika proklamasi itu diwartakan atau dilaksanakan berdasarkan keadaan yang dihuraikan AGC, tindakan tersebut juga dianggap tidak sah dan tidak berperlembagaan.
Ini titik yang sepatutnya membuat semua ahli politik berhenti bercakap seketika dan membaca Perlembagaan.
DKU PULA BERKATA: TUANKU MUHRIZ KEKAL
Pada 14 September, sebelum kenyataan AGC, DKU Negeri Sembilan telah menegaskan bahawa Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah.
DKU menyatakan tiada proses sah menyebabkan baginda terhenti daripada jawatan tersebut.
DKU juga menyatakan tiada siasatan penuh dan lengkap seperti ditetapkan Perkara 10(1), termasuk tiada notis atau peluang diberikan kepada Tuanku Muhriz untuk didengar.
DKU turut berpendapat bahawa proklamasi tersebut telah luput dan terbatal selepas Menteri Besar terdahulu, Aminuddin, enggan menandatanganinya pada 20 April kerana syarat Perkara 10 tidak dipenuhi.
Menurut DKU, tandatangan Menteri Besar baharu tidak memulihkan kecacatan tersebut. Di sini fakta menjadi sangat menarik.
Aminuddin enggan menandatangani. Ismail menandatangani tetapi kemudian berkata beliau dipaksa. Kerajaan negeri kemudian mempertikaikan kesahan dokumen.
MMKN kemudian mengesahkan keputusan secara sebulat suara. AGC pula menyatakan proklamasi itu tidak sah. Kalau ini bukan kekeliruan institusi, apa lagi namanya?
DAN SEKARANG SEMUA EXCO DIBATALKAN
Pada 20 September, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikankesemua 10 anggota Exco.
Pendirian Istana ialah mereka telah memungkiri sumpah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar, institusi Diraja dan Perlembagaan Negeri Sembilan.
Perkara ini menjadi lebih berat kerana kesemua Exco berkenaan baru sahaja mengangkat sumpah pada awal Ogos.
Maka muncul persoalan paling asas dalam sistem Raja Berperlembagaan: Apakah makna sumpah taat setia?
Adakah sumpah itu sekadar formaliti sebelum seseorang menerima jawatan? Atau ia mempunyai makna sebenar apabila seseorang berhadapan dengan konflik kuasa?
Jika seseorang mengangkat sumpah untuk mempertahankan Perlembagaan, maka Perlembagaanlah yang sepatutnya menjadi rujukan apabila berlaku pertikaian.
Bukan kepentingan parti. Bukan tekanan politik.
Bukan siapa yang menang PRN.
“CHANGE GOVERNMENT, CHANGE LOYALTY”
Bukan kerana kita mendakwa Umno secara rasmimengamalkan prinsip tersebut.
Tetapi kerana kronologi politik ini menimbulkan satupersoalan yang sangat tidak selesa:
Adakah pendirian mengenai institusi Raja berubahmengikut siapa yang sedang memegang kerajaan?
Ketika pembangkang atau kerajaan terdahulu berkuasa, mudah untuk mengatakan mereka tidak tahu menyelesaikanmasalah.
Mudah untuk berkata:
“Kami tahu caranya.”
Mudah untuk menjanjikan:
“Beri kami mandat dahulu.”
Tetapi apabila mandat sudah diberikan, rakyat mempunyaihak untuk melihat apakah penyelesaian yang dijanjikan itubenar-benar wujud.
Bukan selepas pilihan raya.
Bukan selepas krisis bertambah parah.
Bukan selepas AGC terpaksa menjelaskan bidang kuasa.
Tetapi dari awal.
TOK MAT, RAKYAT MASIH MENUNGGU
Tok Mat bukan sekadar ahli politik biasa dalam cerita ini.
Beliau ialah Timbalan Pengerusi BN, Menteri Luar dan bekasMenteri Besar Negeri Sembilan. Jangan bersembunyi di dalam semak tetapi ambillah tanggung jawab.
Sebelum PRN, beliau secara terbuka mengatakan BN mempunyai kaedah terbaik untuk menghadapi krisis tersebutdan meminta mandat terlebih dahulu. Mandat sudah diberikan.
BN menang 18 kerusi. Umno sendiri memenangi kesemua 16 kerusi yang ditandinginya. Mohamad Hasan menang Rantau. Kerajaan BN-PN terbentuk. Ismail Lasim menjadi Menteri Besar.
Jadi persoalannya bukan: “Kenapa Tok Mat mesti menyelesaikan semuanya?”. Itu tidak adil.
Persoalannya lebih sederhana: Apakah “kaedah terbaik” yang beliau sendiri kata BN ada sebelum rakyat memberikan mandat?
Jika kaedah itu masih ada, rakyat berhak tahu. Jika keadaan undang-undang berubah, jelaskan. Jika kaedah itu tidak lagi sesuai, jelaskan.
Jika penyelesaiannya sekarang mesti diserahkan kepadaproses mahkamah, jelaskan. Tetapi jangan biarkan rakyat membuat kesimpulan bahawa: “Menang dulu, fikir kemudian.”
Kerana itulah maksud yang paling mudah dibaca daripada ayat: “Biar kita menang dulu. Bila menang, besok kita dapat ilham.”
Dalam politik biasa, mungkin itu hanya gurauan.
Tetapi dalam krisis institusi Raja, ayat seperti itu menjadi jauhlebih serius.
RAJA BUKAN ISU UNTUK DITUKAR MENGIKUT MUSIM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pada 18 September menegaskan bahawa proses Perlembagaan Negeri Sembilan mesti dipatuhi sepenuhnya.
Beliau menyifatkan isu menurunkan Raja sebagai perkarayang bukan kecil dan menegaskan bahawa Malaysia berpegang kepada prinsip Raja Berperlembagaan.
Prinsip rukun negara juga menyatakan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara! Beliau juga menyeru kerajaan negeri dan Menteri Besar supaya tidak berdolak-dalik atau tunduk kepada tekananpolitik.
Mesejnya jelas: Ini bukan lagi permainan politik biasa.
Sebab itu lebih aneh apabila sebuah parti yang begitu lama membawa naratif mempertahankan institusi Raja akhirnya berada dalam kerajaan ketika berlaku pertikaian yang menyentuh terus kedudukan Raja.
Lebih aneh apabila Menteri Besar sendiri menyatakan taat setia kepada Tuanku Muhriz sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar yang sah dan berdaulat, sambil pada masa yang sama wujud dokumen yang ditandatanganinya berkaitanproklamasi tersebut.
Itulah percanggahan yang rakyat berhak persoalkan.
Bukan kerana kita sudah menentukan siapa bersalah.
Tetapi kerana rekodnya memang bercanggah.
JANGAN TUKAR STANDARD HANYA KERANA KERUSI KERAJAAN SUDAH BERTUKAR
Inilah ukuran paling mudah. Kalau Perkara 10 mesti dihormati ketika kerajaan terdahulu berkuasa, ia mesti dihormati ketika BN berkuasa.
Kalau institusi Raja mesti dihormati ketika Umno berada di luar kerajaan, ia mesti dihormati ketika Umno berada di dalam kerajaan.
Kalau sumpah taat setia mempunyai nilai ketika mengangkat sumpah, ia mesti mempunyai nilai ketika berlaku konflik.
Kalau Adat Perpatih memerlukan muafakat, maka jangan gunakan kuasa politik untuk menggantikan proses adat.
Dan kalau BN benar-benar mempunyai “kaedah terbaik”, maka rakyat berhak melihat kaedah itu berasaskan Perlembagaan — bukan sekadar mendengar slogan sebelum pilihan raya.
KERANA AKHIRNYA, SIAPA PUN BOLEH MENANG PRN
BN boleh menang. PH boleh menang. PN boleh menang.
Menteri Besar boleh bertukar. Kerajaan boleh bertukar. Exco boleh dilantik dan dibatalkan. Tetapi Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan bukan manifesto parti.
Perkara 10 bukan slogan pilihan raya. Perkara 16 bukan alat politik. Sumpah jawatan bukan sekadar upacara.
Dan institusi Yang di-Pertuan Besar bukan hadiah kepada mana-mana parti politik.
Sebab itu persoalan sebenar daripada krisis ini bukan:
Siapa menang? Bukan juga: Siapa kalah? Tetapi:
Adakah kuasa kerajaan tunduk kepada Perlembagaan, atau Perlembagaan akhirnya dipaksa tunduk kepada kuasa kerajaan?
AGC sudah menyatakan bahawa Proklamasi 19 April tidak sah. AGC sudah menyatakan MB dan MMKN tidak mempunyai kuasa unilateral untuk mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.
AGC sudah mengingatkan mengenai bidang kuasa DKU.
DKU pula sudah menyatakan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Istana pula telah membatalkan pelantikan semua Exco atas alasan pelanggaran sumpah. Dan perkara tersebut berada dalam proses undang-undang yang perlu dihormati.
Maka tidak perlulah rakyat diberi lebih banyak slogan.
Yang diperlukan ialah konsistensi. Konsistensi antara kata dan perbuatan. Konsistensi antara sebelum PRN dan selepas PRN.
Konsistensi antara sumpah dan tindakan. Konsistensi antara mempertahankan Raja ketika berada di luar kerajaan dan menghormati Raja ketika sudah berada di dalam kerajaan.
CHANGE GOVERNMENT, CHANGE LOYALTY?
Kerajaan boleh berubah. Gabungan boleh berubah.
Menteri Besar boleh berubah. Kawan politik boleh berubah. Musuh politik boleh berubah.
Tetapi dalam sistem Raja Berperlembagaan, ada satu perkara yang tidak sepatutnya berubah mengikut keputusan pilihanraya: Prinsip
Dan kerana Tok Mat sendiri pernah mengatakan BN mempunyai “kaedah terbaik”, rakyat Negeri Sembilan mempunyai satu soalan yang sangat mudah tetapi sangat berat:
TOK MAT, MANA KAEDAH TERBAIK ITU?
Mandat sudah diberi. Kerajaan sudah terbentuk.
Krisis masih belum selesai. Sebaliknya, krisis telah sampai ke tahap AGC perlu menjelaskan bahawa sebuah proklamasi tidak sah di sisi Perlembagaan.
Jadi sekarang bukan masa untuk meminta rakyat menunggu “ilham”. Rakyat sudah menunggu.
Dan rakyat berhak menilai bukan berdasarkan apa yang dijanjikan sebelum PRN, tetapi berdasarkan apa yang dilakukan selepas kuasa berada di tangan.
Kerana kalau prinsip boleh berubah selepas kerajaan berubah, maka soalan yang tinggal hanyalah satu:
CHANGE GOVERNMENT, CHANGE LOYALTY.
Atau masih ada prinsip yang kekal walaupun kuasa sudahbertukar tangan? Akhirnya Daulat Tuanku!