Ini akhlak pemimpin yang jarang kita lihat dalam politik

Oleh NORMAN DAUD

Saya tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Ya, semua orang tahu kisah beliau bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Kita tahu sejarahnya. Kita tahu bagaimana hubungan mereka berubah daripada sahabat dan rakan seperjuangan, menjadi lawan politik yang sangat keras.

Pengkhianatan yang dilakukan melalui langkah Sheraton semata-mata untuk menghalang beliau menjadi PM masih segar dalam ingatan kita.

Tetapi pada 28 September saya melihat satu perkara yang lebih besar daripada politik.

Datuk Seri Anwar hadir ketika keluarga Tun M sedang berduka. Dan yang lebih menarik perhatian saya, beliau turut solat bersebelahan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bayangkan kita berada d itempat PMX, mampukah kita melangkah menghulurkan salam dan berdiri bersebelahan solat bersama dengan orang yang telah mengkhianati kita?

Di situ saya melihat satu bentuk akhlak yang jarang kita lihat dalam politik.

Saya tidak tahu apa yang ada dalam hati PMX.

Tetapi apa yang ditunjukkan di hadapan kita hari ini cukup untuk membuat saya berfikir tentang satu perkara:

Akhlak dan kemaafan

Akhlak seorang pemimpin bukan hanya terserlah ketika dia berhadapan dengan orang yang menyayanginya.

Akhlak sebenar terserlah apabila dia berhadapan dengan orang yang pernah mengkhianatinya.

Saya doakan semoga persengketaan antara mereka akan menemui jalan perdamaian.

Kita sayang pada semua negarawan kita ini.

Janganlah politik terus menjadi pemisah kerana akhirnya kita akan tetap menghadap Tuhan yang sama satu hari nanti.

BACA JUGA Terkini Mahathir dimasukkan ke IJN