Gelar penyokong BUDI95 ‘bodoh’, lelaki ini kena lagi pedas dengan netizen
Perkongsian seorang lelaki di Threads yang menyifatkan pelaksanaan subsidi bersasar BUDI95 sebagai menyusahkan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, menerima reaksi berbeza daripada pengguna media sosial.
Lelaki berkenaan membidas seorang pengguna wanita yang memuji pelaksanaan BUDI kerana ia berjaya mengekang ketirisan kepada mereka yang bukan warganegara.
Individu itu menyifatkan penggunaan kad pengenalan bagi pembelian petrol sebagai tidak wajar kerana katanya terdapat golongan susah yang tidak memiliki lesen tetapi mempunyai kenderaan untuk mencari rezeki.
“Bijak kepala otak kau!! Hahahah.. Guna IC tu bagus tapi tak perlu kot nak berkuota dan bersyarat hanya ada lesen je yang dapat BUDI.
“Kau fikir rakyat bodoh macam ceplos ke? Berapa dia bagi BUDI? Dan berapa pula dia tarik balik sekiranya BUDI dah habis tak sampai sebulan? Sepatutnya buat je macam dulu RM2.05.. cuma wajib beli pakai IC.. itu je!!”
Namun, hujah tersebut sebaliknya mengundang kritikan pengguna lain yang menganggap isu golongan tidak mempunyai lesen boleh diselesaikan melalui bantuan disediakan kerajaan, termasuk program lesen percuma yang ditawarkan kepada golongan layak.
“Orang susah tak ada lesen tapi ada kenderaan bermotor?”.
“Orang susah kan boleh mohon lesen percuma di bawah Madani. Apa lagi alasan. Sekarang bangla2 nak isi petrol 25L depa kena bayar RM113+/-. Pakai Budi baru RM50 je. Bagus lah macam ni.”
Malah, beberapa pengguna lain turut mempertikaikan logik hujah berkenaan dan menyifatkan serangan terhadap BUDI sebagai lemah kerana tidak disertai cadangan alternatif yang lebih baik.
“B*d*h gila counter argument. Kemahiran berfikir lagi rendah dari budak tadika nampak gaya ni,” tulis seorang pengguna.
Seorang lagi pula mengingatkan bahawa isu subsidi bersasar berkait rapat dengan usaha memastikan subsidi sampai kepada golongan yang sepatutnya, selain menyatakan golongan yang benar-benar memerlukan penggunaan petrol lebih tinggi mempunyai saluran untuk memohon tambahan kuota.
“Kerajaan buat pakai IC dan berkuota 300L tu sebab nak pastikan subsidi tu sampai dekat rakyat yang betul, bukan untuk yang bawak lori seludup minyak ke sempadan.”
Dalam pada itu, ada juga pengguna yang menyindir bahawa cadangan mengembalikan harga petrol kepada RM2.05 tanpa mekanisme bersasar akan menyebabkan manfaat subsidi turut dinikmati pihak yang tidak sepatutnya.
“Kau nak RM2.05 balik macam dulu? Senang lah semua orang senang termasuk warga asing. Lepas tu bila Petronas rugi dan hutang negara naik, kau juga yang melalak kata kerajaan jual negara.”