Tergamak senator Pas bela bekas pegawai BN, Nik Abduh anggap Eric tidak salah isu ‘lighad’

Ketika bekas pegawai kanan komunikasi Barisan Nasional (BN), Eric See-To dihujani kecaman berhubung kontroversi perkataan ‘lighad’, seorang pemimpin Pas pula tampil mempertahankannya secara terbuka.

Senator Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan Eric tidak bersalah, malah menganggap kontroversi itu sebagai salah faham yang berpunca daripada apa yang disebutnya sebagai ‘perangkap ceplos’.

“Eric, anda tidak salah. Ia hanya salah faham akibat perangkap ceplos. Teruskan memburu..” tulis bekas Ahli Parlimen Bachok itu menerusi ruangan komen Facebook Eric.

Kontroversi itu bermula apabila Eric yang turut dikenali sebagai Lim Sian See mengulas senarai perkataan unik yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 semalam.

“Yang saya tengok ialah ada ‘Lighad’ yang saya langsung tak tahu apa itu.

“Tapi tak ada ‘Liwat’ pula,” tulisnya dalam nada sinis di ruangan komen hantaran tersebut.

Untuk rekod, perkataan ‘lighad’ itu terkandung dalam Surah al-Hasyr ayat 18 yang dipetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2027 semalam.

Susulan kecaman yang menganggap Eric menyindir perkataan yang terkandung dalam al-Quran, cytro BN berkenaan tampil memberikan penjelasan.

Dia membandingkan komen asalnya dengan tangkap layar gabungan kenyataannya dengan teks ucapan PMX yang tersebar di media sosial.

Menurutnya, ketika menulis komen tersebut, beliau hanya merujuk kepada grafik Sinar Harian yang memberikan maksud ‘lighad’ sebagai merujuk kepada masa depan.

Katanya, dia langsung tidak mengetahui ketika itu bahawa perkataan berkenaan turut terdapat dalam al-Quran.

Eric turut menegaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan petikan ayat al-Quran bersama komennya, sebaliknya mendakwa petikan tersebut ditambah oleh pihak yang digelarnya sebagai ‘ceplos’ sebelum digabungkan dengan tangkap layar komen asal.

BACA JUGA Heboh pemuda buat ritual bukan Islam, ini penegasan Menteri Agama