Cantiknya macam kerabat diraja! Dua cucu Tun M jadi bualan ramai, siapa Marisa dan Yasmin?

Di sebalik kemeriahan majlis akad nikah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah, perhatian rakyat Malaysia turut terarah kepada dua wanita muda yang tampil anggun dalam persalinan putih.

Kehadiran mereka mencetuskan rasa ingin tahu orang ramai yang tertanya-tanya mengenai identiti dua figura berkenaan selepas wajah mereka dikongsikan di media sosial.

Rupa-rupanya, kedua-dua wanita itu ialah Marisa Hasmah Mokhzani dan adiknya, Masira Yasmin Mokhzani, yang merupakan anak kepada ahli perniagaan, Tan Sri Mokhzani Mahathir serta cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Orang ramai mula menyedari kedua-dua mereka selepas seorang pengguna media sosial memuat naik di Threads, tertanya-tanya siapa gerangan mereka.

“MasyAllah cantiknya dia ni. Siapa eh ni? suka tengok”.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang turut mengakui kecantikan mereka selain menyamakan dengan kerabat diraja.

“Cantik sangat! She’s giving a princess vibes”. 

“Ya suka tgk both of them. Elegance, natural, poised, and radiating a quiet luxury vibe. Loveee”

“Cucu Tun kan? Memang cantik”.

Siapa Marisa Hasmah dan Masira Yasmin?

Marisa Hasmah dan Masira Yasmin merupakan dua daripada empat orang anak Tan Sri Mokhzani Mahathir bersama isterinya, Puan Sri Mastisa Mohamed. 

Bapa mereka ialah anak kepada Tun Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Latar belakang keluarga mereka turut menjadikan kedua-duanya perhatian orang ramai selepas identiti mereka mula dikenal pasti menerusi perbualan di media sosial.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kehidupan peribadi, pendidikan dan kerjaya Marisa serta Yasmin tidak banyak didedahkan.