Pukat lama jana rezeki, solar bantu peniaga jimat elektrik: Ini manfaat Belanjawan 2027

Siapa sangka pukat lama yang tidak lagi digunakan nelayan boleh membuka peluang menambah pendapatan, manakala penggunaan tenaga solar pula berpotensi mengurangkan bil elektrik peniaga kecil?

Itulah antara manfaat yang mahu dibawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada rakyat menerusi peruntukan RM1.29 bilion dalam Belanjawan MADANI 2027.

Menerusi peruntukan RM2.5 juta, lebih 2,000 nelayan disasarkan mendapat peluang pendapatan tambahan melalui kegiatan pengumpulan dan kitar semula pukat terpakai.

Pada masa sama, sebanyak RM4 juta disediakan bagi memperkenalkan sistem tenaga solar komuniti yang bertujuan membantu peniaga kecil dan penduduk luar bandar mengurangkan kos elektrik.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, pembangunan teknologi negara bukan sekadar menghasilkan cip semikonduktor atau kecerdasan buatan (AI), tetapi turut perlu membawa manfaat ekonomi dan sosial kepada rakyat.

Belanjawan 2027 juga menyediakan RM41 juta untuk memperkukuh ekosistem syarikat pemula tempatan dengan sasaran mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan mahir.

BACA JUGA Defisit semakin mengecil walau hutang negara meningkat, ini yang sebenarnya berlaku