Kenali 5 calon AMANAH bagi PRN Melaka 2026

AMANAH mempertaruhkan lima calon yang memiliki pelbagai latar belakang, pengalaman dan semangat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka.

Inilah 5 calon AMANAH yang membawa panji Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka:

  1. N.01 Kuala Linggi — Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah
  • Umur: 25 tahun
  • Jawatan / pencapaian:
    • Ketua Mahasiswa AMANAH Nasional
    • AJK Pemuda AMANAH Melaka
  • Pendidikan tinggi:

Graduan bidang Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau masih menunggu majlis konvokesyen.

*Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari menyatakan Mukhlis dipilih berdasarkan pencapaian dan bakatnya, walaupun masih belum menghadiri majlis konvokesyen.

  1. N.09 Durian Tunggal — Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
  • Umur: 55 tahun
  • Jawatan: Pengerusi AMANAH Melaka

Pendidikan:

  • Universiti Al-Azhar, Mesir (Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab) – 1996
  • Universiti Putra Malaysia (Sarjana Pendidikan) – 2009

Pengalaman:

Januari 2023 – kini : Pegawai Khas YB Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia

Mei 2018 – Februari 2020 : Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Melaka

  1. N.17 Bukit Katil — Datuk Seri Adly Zahari
  • Umur: 55 tahun
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Pengalaman kerjaya sebelum politik:
    • 1997–2000: Jurutera, Universiti Multimedia (MMU).
    • 2000–2005: Jurutera, Malaysia International Shipping Corporation (MISC).
    • 2005 dan seterusnya: Menceburi bidang perniagaan.
  • Pengalaman kepimpinan dan politik:
    • 1992: Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM.
    • 2011–2015: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.
    • 2015: Menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak penubuhan parti.
    • Ogos 2017: Dilantik sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Melaka.
    • Mei 2018–Mac 2020: Ketua Menteri Melaka ke-11.
    • Mei 2018–kini: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.17 Bukit Katil.
    • September 2021: Menjawat jawatan Naib Presiden AMANAH.
    • November 2022–kini: Ahli Parlimen P.135 Alor Gajah.
    • Disember 2022–kini: Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.
  1. N.23 Telok Mas — Kapten (B) Mohamad bin Jaafar
  • Umur: 66 tahun
  • Jawatan / pencapaian:
    • Bekas pegawai tentera berpangkat Kapten.
  1. N.27 Merlimau — Rahayu Hamzah (Ayu Hamzah)
  • Umur: 43 tahun
  • Pendidikan:
    • Open University Malaysia – Ijazah Sarjana Pengurusan
    • Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
  • Jawatan/ Pengalaman:
    • Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri Melaka
    • Penyelaras DUN Merlimau, Melaka
    • Ketua AWAN Kawasan Jasin
    • Timbalan Biro IT AWAN Nasional
  • Khidmat Masyarakat:
    • Tauliah Mengajar al-Quran Jabatan Mufti Negeri Melaka – Pengajar
    • Pertubuhan Peduli Kasih Melaka – Timbalan Pengerusi

    *Beliau merupakan satu-satunya calon wanita dalam senarai lima calon AMANAH Melaka dan membawa pengalaman kepimpinan sayap wanita parti.

    BACA JUGA Wee Ka Siong dan pemimpin MCA tinggalkan majlis BN, bantah agihan kerusi PRN Melaka