Adly bakal dinamakan Ketua Menteri Melaka kalau PH menang – Amirudin Shari
Nama bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menjadi pilihan Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui semula pentadbiran negeri itu sekiranya gabungan berkenaan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Timbalan Menteri Pertahanan itu mendapat persetujuan gabungan untuk dinamakan sebagai calon Ketua Menteri sekiranya PH memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan negeri.
“Adly ialah calon terbaik (Ketua Menteri) dan beberapa yang lainlah tetapi setakat ini, Adly ialah konsensus untuk dinamakan sebagai calon Ketua Menteri kalau kita mendapat majoriti atau pun diberi kepercayaan,” katanya.
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 hari ini.
Pada PRN kali ini, Adly bertanding mempertahankan DUN Bukit Katil yang disandangnya selama lapan tahun menentang calon Perikatan Nasional (PN) Ridzuan Sarif, Dr Aliza Che Amran daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan Abu Bakar Sabudin (Bebas).