Hampir lima tahun turun padang, bukankah itu memang kerja wakil rakyat?

Menarik juga bila dengar sebelah sana bangga bercerita sudah 4 tahun 11 bulan turun berjumpa masyarakat.

Terus saya terfikir, bukankah itu memang kerja yang telah diamanahkan?

Macam ni lah…

Bayangkan seorang pekerja datang ke pejabat setiap hari.

Bila tiba masa penilaian prestasi, dia pun bangun dengan penuh bangga.

“Saya dah hampir lima tahun datang kerja, bos!”

Agak-agak apa bos dia jawab? 😅

Bukan saya nak pertikai orang turun padang. Memang kena buat begitu bila dah jadi wakil rakyat.

Sekarang cuba fikir nasib orang baru.

Yang seorang sudah hampir lima tahun ada jawatan, gaji, peruntukan dan segala macam kelebihan sebagai wakil rakyat.

Yang seorang lagi belum pernah merasa semua itu walau sehari.

Jadi macam mana nak banding?

Nak suruh orang baru tunjuk rekod lima tahun sebagai YB?

Sedangkan sehari pun belum pernah diberikan amanah itu.

Tapi jangan salah faham pulak.

Saya bukan kata orang baru tak perlu dinilai.

Kena nilai juga.

Tengok pada potensi, kesungguhan dan cara dia berkempen dengan kesediaan dia memikul tanggungjawab.

Orang lama ada rekod untuk dinilai.
Orang baru pun tentu ada cara dia jika terpilih.

Saya sendiri tahu, menjadi muka baharu bukan mudah.

Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan orang yang dah popular seantero negara.

Tetapi saya ada satu hasrat yang jelas.

Saya mahu melihat Pakatan Harapan kembali membentuk Kerajaan Negeri Melaka dan YB Adly Zahari kembali menjadi Ketua Menteri.

Jangan kerana seseorang sudah lama memegang jawatan, maka segala-galanya dianggap selesai.

Dan jangan kerana seseorang belum pernah menjadi YB, maka terus dianggap tidak mampu.

Akhir sekali…

Saya akan redha dengan apa jua keputusannya.

Saya hadir untuk menawarkan diri sebagai ‘option baru’ untuk orang Merlimau.

Kalah menang kerja Allah SWT.

Jika terpilih, Insya-Allah saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk orang Merlimau.

*AYU HAMZAH merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N27 Merlimau.

BACA JUGA Denda RM50 juta sudah dibayar, bila Najib akan keluar Penjara Kajang?