‘Kami tak kisah dia nak sakau ke judi ke…’ – Intan Serah perli penyokong Najib
Pemain bola sepak wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli, mencuri perhatian menerusi hantaran bernada sinikal di Threads yang menyentuh isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi hantaran itu, Intan secara sinikal menulis bahawa beliau tidak kisah sekiranya Najib melakukan perbuatan “sakau”, asalkan pemimpin itu banyak membantu rakyat.
Beliau turut menyebut bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), topi keledar, payung dan pakaian sebelum menyatakan kesediaan untuk terus menyumbang wang serta bekerja dua kali ganda bagi membantu Najib dan keluarganya.
“Kami tak kisah dia nak sakau ke judi ke, yang penting dia banyak tolong rakyat. Kami dapat BRIM, dapat helmet 1 Malaysia, payung & baju pon ada. Kami tetap biru.
“Kami tetap akan donate untuk beliau, kami akan kerja dua kali ganda untuk bantu lagi beliau dan anak beranak sakau dan berjudi. Malu apa bossque,” tulisnya.
Najib kini menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah selepas denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai syarat pengampunan beliau selesai dibayar pada 6 November lalu.
Perkembangan itu mencetuskan perdebatan di media sosial, dengan pelbagai reaksi dilontarkan berhubung pelaksanaan hukuman terhadap bekas Presiden Umno itu dan sokongan pemimpin Umno kepada Najib.