RENCANA | Malaysia malu besar gara-gara ‘blunder’ Zahid
OLEH LIYANA MARZUKI
Minggu ini ketika PMX bawa misi negara di APEC China. Malaysia “mendunia” bukan kerana PMX, tetapi kerana bakal PM11.
Timbalan Perdana Menteri kita, calon PM dari BN-PN.
Awal minggu ini, beliau keluar kenyataan yang Malaysia akan tempatkan 10,000 pelarian Rohingya ke negara Turki.
Melompat rakyat Turki marahkan kerajaan mereka. Sampai Kerajaan Turki terpaksa sangkal. Mana ada deal tersebut dengan Malaysia.
Maka media antabangsa pun pick up la blunder ini. Dari Reuters ke SCMP.
Ini bukan isu kecil anak ya. This is big.
Bila seorang Timbalan Perdana Menteri buat kenyataan sebegini, ia diambil sebagai posisi Kerajaan Malaysia. Blunder besar sekiranya benda ini bukan benar. And Turkey caught you with your pants down. Bukan ke dah malu besar Malaysia?
Takkan la TPM kita main sebut sahaja tidak semak fakta.
Pegawai TPM berkata ini baru perancangan. Tengah berbincang.
Habis tu, dah blunder sebegini, korang ingat Kerajaan Turki nak setuju ke deal penempatan 10,000 Rohingnya di negara mereka. Tak adanya mereka nak ya. Etika berunding pun TPM kita dah langgar.
Blunder di Negeri Sembilan belum selesai. Blunder dengan Turki pula.
At the rate we are going, pasca PRU16 ini, BN-PN akan memerintah Malaysia. Besar kemungkinan Zahid lah PM kita.
Doakanlah kita tak perlu menghadap terlalu banyak blunder.