Razman anggap TikTok ‘lain macam’, netizen ingatkan sokongan LGBT

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dilihat menerima sindiran ekoran menggunakan TikTok yang menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Mesra dipanggil Pak Teh, Ketua Pembangkang Perak berkenaan sebelum itu memberitahu teruja menggunakan aplikasi video popular China tersebut.

“Terima kasih Pak Teh masuk kotak live TikTok malam ni.

“Macam ni rupanya live TikTok. Lain macam aura dia. Insya-Allah, ada masa kita masuk lagi kotak live,” kata Razman menerusi perkongsian di Facebook beliau.

Ekoran itu, pemimpin Pas yang pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri itu menerima kecaman dan sindiran.

TikTok ni sokong LGBT Pak Teh tapi tak apa lah, Pak Teh pun lebih kurang tu jugak… pemfitnah…

TikTok ni Yahudi yang punya (Raz)man, dulu kata BMF (Beli Produk Muslim Dahulu),” demikian antara komentar berbaur sindiran daripada warganet.

Malah, menerusi klip video TikTok atas akaun Pemuda Pas tersebut juga terpampang komentar yang menyindir pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan.

“Fitnah apa lagi hari ini,” usik seorang TikTokers.

Sebelum ini, TikTok menyatakan komited untuk menyediakan ruang yang selamat dan inklusif untuk komuniti LGBTQIA+.

Aplikasi video yang diharamkan daripada semua peranti di Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS) itu mengiktiraf keterlihatan kolektif dan kuasa komuniti LGBTQIA+.

BACA JUGA Ketua PAS Perak, Razman Zakaria mohon maaf kepada Anwar

Â