PM Anwar lancar Media Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Media Perpaduan malam tadi, media yang menggabungkan kesemua aktivis media parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau.

Pelancaran itu dibuat dalam satu majlis makan malam di sebuah resort di Semenyih, Selangor dengan dihadiri oleh semua aktivis media dalam parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan itu.

Anwar, Zahid dan Wan Azizah dalam majlis pelancaran Media Perpaduan malam tadi di Semenyih.

Turut serta dalam majlis malam tadi adalah para pemimpin parti-parti Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan parti-parti gabungan dalam kerajaan itu termasuk timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum pelancaran, Anwar menerima tujuh resolusi yang dihasilkan oleh 250 aktivis media yang bersidang sepanjang hari semalam di resort berkenaan.

Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Sekretariat Media Perpaduan, Datuk Lokman Nur Adam di depan hampir 1,000 hadirin sebelum diserahkan kepada Anwar.

 

Â