Bahas laporan audit di Parlimen satu impian, kata veteran MP

Bekas Ahli Parlimen yang pernah berkhidmat hampir 50 tahun, Tan Sri Lim Kit Siang kesal dengan sikap pembangkang yang membantah agar Parlimen menjadi lebih terbuka dan memainkan peranan lebih besar.

Bagi beliau, adalah menjadi satu impian dan ideal untuk Parlimen membuat keputusan agar kertas laporan Ketua Audit Negara dibahaskan bukan dibentangkan sahaja.

Begitu juga jika kertas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga dibentang dan dibahaskan oleh ahli Dewan Rakyat.

“Tetapi, dengan tindakan MP dari PN, ia telah memusnahkan segala impian itu.

“Persoalannya bilakah MP PN akan bertindak dengan lebih bertanggungjawab kepada tugasnya selaku wakil rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Kit Siang mengulas tindakan pembangkang yang membantah kononnya perbahasan laporan Ketua Audit Negara tidak pernah dilakukan sebelum dan bertentangan dengan peraturan dewan.

Apabila Speaker Dewan Rakhyat, Tan Sri Johjari Abdul membuat keputusan membenarkan laporan itu dibahaskan, semua anggota Parlimen dari PN telah meninggalkan Dewan Rakyat.

Ia telah disifatkan sebagai tindakan ‘pengecut’ dan ‘penakut’ oleh para ahli Dewan Rakyat yang masih kekal di dalam Dewan.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said berkata, membahaskan laporan Ketua Audit Negara adalah sebahagian dari proses reformasi kepada institusi Parlimen.

 

BACA JUGA Bahas laporan Ketua Audit Negara sebahagian proses reformasi

JUGA Dewan Rakyat kecoh, pembangkang tolak bahas laporan audit

 

Â