Hans Isaac pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia baharu
Pelakon dan juga ahli politik Hans Isaac sebagai pengerusi baharu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi sesi 2023/2025.
Isaac antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai anggota perbadanan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pelantikan keanggotaan baharu itu dilakukan bagi memastikan hala tuju PSM dalam pengurusan fasiliti yang berdaya mampan, mengamalkan tadbir urus korporat yang baik serta menyediakan perkhidmatan efisien dan profesional kepada semua pihak.
“Perkara itu turut melibatkan usaha bagi merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat,” katanya dalam satu kenyataan.
Isaac adalah bekas pengerusi Finas dan ahli MPP PKR.
Pelakon berusia 51 tahun itu memulakan karier dalam bidang seni pada 1995 dan bersara dari bidang itu pada 2021.