Wartawan Harakah cuba ceroboh rumah MB Selangor ditahan
Seorang wartawan Harakah ditahan kerana didakwa cuba menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor petang tadi.
Dua penyokong Perikatan Nasional (PN) turut ditahan termasuk seorang pemimpin Pas di Selangor.
Dia tahun lalu pernah kecoh mengadakan siaran langsung pukul 3 pagi mendakwa longgokan sampah di Batu 18 Hulu Langat tidak diuruskan dengan baik.
Rakaman video ketiga-tiga mereka yang sudah ‘kantoi’ menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar itu dikongsikan menerusi Tiktok, Jason Update.
Mengikut laporan polis yang tersebar, wartawan Harakah itu didapati bersembunyi di tempat duduk belakang kereta yang dinaiki dua lagi yang ditahan.
Itu cubaan kali keduanya untuk masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar kerana 10 minit sebelum itu, wartawan berkenaan juga berbuat demikian tetapi dihalang.
Tujuan mereka menceroboh menimbulkan persoalan sedangkan Datuk Seri Amirudin Shari ketika itu bersama Yang di-Pertuan Agong melawat kawasan penanaman padi di Sekinchan.
Â