Papagomo didakwa hari ini kerana kenyataan khianat

Aktivis politik PN dan bloger kontroversi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan didakwa di mahkamah hari ini kerana membuat kenyataan khianat terhadap kerajaan.

Dia dijadual dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9 pagi ini.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sudah mendapat arahan pertuduhan dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Pertuduhan dibuat berdasarkan hantaran kenyataan khianat di akaun Facebook pengguna bernama Halid Hamidi.

Papagomo telah disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Pada bulan lalu Papagomo telah disiasat kerana membuat hantaran mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Youtube.

Â