KSN tidak disiasat SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa tiada siasatan dijalankan ke atas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Penafian oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sekaligus menafikan dakwaan yang tular di media sosial berkenaan siasatan itu adalah palsu.
Kita tidak siasat KSN, itu semua bohong belaka,” katanya, lapor Bernama, malam tadi.
Dakwaan siasatan tersebut ditularkan oleh seorang pengguna X.