Siapa pendendam? Bandingkan Anwar dengan Mahathir

Perikatan Nasional dan laskar sibernya perlu membandingkan pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum mendakwa Anwar pendendam ekoran siasatan SPRM terhadap Tun Daim Zainuddin.

Mahathir kini penasihat kepada empat kerajaan negeri tadbiran PN – Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) berhujah bahawa pengkritik era pentadbiran Tun Dr Mahathir ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

“Elok PN ingat semula dan muhasabah tindakan oleh Tun Mahathir dulu. Betapa ramai yang berpendapat ia tindakan zalim.

“Bahkan pada ketika itu, mereka (kerajaan) menekan, mengugut dan memenjarakan ramai ahli politik pembangkang, wartawan dan aktivis,” kata beliau, lapor Suara Keadilan.

Syed Ibrahim yang juga mantan pengerusi Gerakan Mansuh ISA menambah bahawa penentang kerajaan zaman Mahathir ditahan manakala pencabar politik dalam Umno pila dikenakan pendakwaan terpilih.

“Hampir semua agensi di bawah telunjuk beliau. Tak berdendam kesumatkah begitu?”

“Tetapi Anwar dan sesiapa pun tidak boleh bersikap serupa (pentadbiran Tun M).

“Kuasa tidak boleh disalah gunakan. Bersama kuasa ada bersamanya amanah dan pertanggungjawaban,” ujarnya lagi.