Nama rasmi Agong dan Permaisuri Agong

Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Datuk Nazim Alim telah memaklumkan bahawa nama rasmi Yang di-Pertuan Agong yang ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dalam bahasa Inggeris, baginda akan dirujuk sebagai His Majesty Sultan Ibrahim.

Raja Permaisuri Agong pula ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Dalam bahasa Inggeris, baginda akan dirujuk sebagai Her Majesty Raja Zarith Sofiah.

Nazim mengumumkan perkara ini menerusi satu kenyataan rasmi Istana Negara.

Sultan Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Agong manakala Sultan Nazrin menjadi timbalan Agong.

Â